26 Jun 2010

Israel yang gagalkan pembebasan Shalit - HAMAS

Gerakan HAMAS menyatakan Kerajaan Israel yang diketuai Benjamin Netanyahu bertanggungjawab di atas kegagalan rundingan penukaran tawanan-tahanan yang turut berkaitan dengan pembebasan seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan HAMAS, Gilad Shalit.

Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, 'penjagaan Gilad Shalit yang berada dalam tawanan gerakannya setelah empat tahun merupakan kejayaan keselamatan yang besar kepada gerakan HAMAS.'

Manakala dari sudut lain, Usamah Hamdan yang merupakan anggota biro politik HAMAS di Beirut menyatakan Israel akan menurut juga pada akhirnya terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh HAMAS.

Beliau memberikan kenyataan tersebut dalam laman web rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), bahawa "musuh ini tidak boleh memberikan apa-apa manfaat melainkan dia menurut tuntutan dan kemahuan dari syarat-syarat pejuang supaya kita dapat melihat para tahanan Palestin yang ditahan juga bebas."

Anggota biro politik HAMAS menjelaskan, "syarat-syarat bagi penyempurnaan rundingan tukaran sepertimana yang telah ditetapkan dan musuh mengikut syarat-syarat itu dengan baik, kemudian pada akhir pentadbiran bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert , ia telah berundur disebabkan beberapa hal yang berkait", meskipun sedemikian, pihak perantaraan masih berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi selepas Benjamin Netanyahu menjawat jawatan Perdana Menteri Israel dan sehinggalah sekarang tidak ada
perkembangan yang baru berhubung isu ini.

Berikutan itu, rancangan televisyen Al-Aqsa di Gaza membuat liputan mewawancara keluarga-keluarga tahanan Palestin. Mereka amat berharap anak-anak mereka dikembalikan(bebas) hasil dari rundingan penukaran dengan tentera Israel.

Israel adakan hari memperingati Shalit

Sementara itu, pada hari Jumaat(semalam)Israel mengadakan hari peringatan tahun ke empat mengingati Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan HAMAS.

Di Tel-Aviv, konvoi yang terdiri dari 100 buah motosikal berarak sambil membawa gambar Gilad Shalit merentasi di hadapan kedutaan lima buah Negara anggota tetap PBB dan menyerahkan memo yang mendesak supaya PBB mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu Shalit.

Sumber menyebutkan, Noam shalit bapa kepada Gilad Shalit akan mengadakan perarakan dari rumah keluarganya di utara Israel menuju ke pejabat Perdana Menteri di bandar Al-Quds pada hari Ahad ini. Pada hari Rabu lalu, keluarga Shalit menuduh Kerajaan Israel tidak mengendahkan Shalit.

Berhubung dengan isu Shalit(gambar sewaktu pihak pejuang membuat rakaman video mengenai keadaan Shalit), ahli-ahli parlimen Eropah dan Pertubuhan Human Right Watch yang mempertahankan hak asasi kemanusiaan telah menggesa gerakan HAMAS agar membenarkan Panitia Antarabangsa dari Pertubuhan Palang Merah melawat Gilad Shalit.

Manakala, sumber terdekat dari Netanyahu menyatakan pada Januari yang lalu, Netanyahu membuat keputusan tidak mahu memberikan sebarang syarat-syarat tambahan bagi membebaskan Shalit. Hal tersebut disampaikan kepada Penyelaras Rundingan Penukaran, Hagai Hadas dengan pihak Jerman.

Dalam dokumen rundingan penukaran tahanan-tawanan itu telah memuatkan nas persepakatan yang telah dicadangkan iaitu Israel mesti membebaskan 1000 tahanan Palestin dari jumlah beribu-ribu penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara Israel sebagai tukaran pembebasan Gilad Shalit yang ditawan di Gaza pada tahun 25 Jun 2006. Sumber 26/06/10, web berita Al-Jazeerah

Baca lagi:


Pautan lain:

> Gilad Shalit(wikipedia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan