26 Jun 2010

Pembersihan etnik di Al-Quds dan penangkapan tanpa undang-undang

Sebagaimana yang dinyatakan oleh pelapor Jawatankuasa Al-Quds di Majlis Legislatif Palestin, ahli parlimen Ahmad Halabiah berkata, zionis melakukan pembersihan etnik secara besar-besaran di bandar Al-Quds.

Beliau mendedahkan mengenai satu ketetapan Israel yang bersedia untuk dilaksanakan iaitu pengusiran yang tidak kurang dari 315 penduduk asal Palestin dari kalangan pemimpin agama, politik dan kemasyarakatan.

Akhir-akhir ini, empat dari kalangan ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin telah dihalau keluar dari Al-Quds.

Sementara itu, Pusat Penyelidikan Tahanan Palestin menyebutkan hampir 220 penduduk Palestin yang ditanpa undang-undang berada dalam penjara-penjara Israel(Naqab 'Negev', Ofer dan Magedo) mengikut laporan dari Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

Pengerusi Pusat tersebut, Ra'fat Hamdunah berkata, sebilangan dari para tahanan Palestin itu ditangkap tanpa sebarang dakwaan sebagaimana analisis yang dibuat oleh Palang Merah.

Dinyatakan, para tahanan yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, golongan berusia, wanita dan pesakit Palestin itu diberkas oleh Badan Perisikan Israel. Sumber 26/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan