MESIR - Harapan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan(NGO)Yayasan Amal Malaysia yang tiba ke Mesir dalam misi kemanusiaan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak tercapai.
Ketua rombongan, Dr.Abd Rani Osman(Adun Meru) selaku Naib Presiden pertubuhan tersebut pada mulanya menjangkakan bantuan dan misi kemanusiaan mudah masuk ke Gaza ekoran ketetapan rasmi Mesir yang membuka sempadan Rafah Mesir kesan dari serangan berdarah ke atas freedom flotilla. Namun, perjalanan ke Gaza adalah semakin rumit dan sukar kerana Pihak Kerajaan Mesir mengenakan syarat tambahan ke atas setiap rombongan ke Gaza.
Wartawan MAP ketika bertemu dengan Dr.Abd Rani turut mendapatkan salinan syarat-syarat tersebut dari rombongan Yayasan Amal. Syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Luar Mesir(MFA: Ministry Of Foreign Affairs) seperti:
1) Penghantaran bantuan melalui konvoi daratan tidak di benarkan.
2) Penghantaran bantuan melalui kapal laut hanya di benarkan berlabuh di Pelabuhan El-Arish Mesir. Hanya bahan bantuan berbentuk makanan, minuman dan perubatan yang di benarkan untuk di salurkan. Para sukarelawan tidak diizinkan untuk mengikuti rombongan tersebut.
3) Penghantaran hanya boleh di jalankan melalui Bulan Sabit Merah Mesir(Egyptian Red Crescent). Penderma terpaksa menanggung kos penyimpanan, penyusunan, pengangkutan dan pengendalian barang-barang bantuan.
4) Penderma mestilah mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak UNRWA(UN Relief&Work Agency) ke atas barang-barang yang perlu dihantar ke Gaza. Kebenaran ini hendaklah dikepilkan bersama permohonan yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Mesir(Egyptian Authority).
5) Kebenaran bertulis perlu didapati dari Pihak Berkuasa Mesir sebelum apa-apa penghantaran di buat ke Gaza. Sumber 20/06/2010, komuniti MAP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan