Semalam, Presiden Republik Arab Mesir, Housni Mubarak telah mengadakan pertemuan dengan Utusan damai Amerika Syarikat ke Timur Tengah, senator George Mitchell di Kaherah.
Kedua-dua pihak membincangkan mengenai rundingan damai secara tidak langsung antara Palestin dengan Israel.
Sebaik selesai pertemuan itu, George Mitchell dalam kenyataannya berkata bahawa beliau telah berbincang perkara yang penting dengan Presiden Housni Mubarak mengenai usaha perdamaian di Timur Tengah. Lantaran itu, kata beliau, kerajaan Mesir dan rakyatnya sentiasa memberikan sokongan kepada usaha Presiden Amerika agar perdamaian di Timur Tengah tercapai.
Tambah senator Amerika itu lagi, bahawa Presiden Mesir menyatakan kebimbangan dengan keadaan yang menimpa ke atas Gaza. Berikutan itu, ketetapan dari Amerika Syarikat berhubung hal ini turut dijalankan dengan seberapa segera antara Washington dengan Pihak Berkuasa Palestin Ramallah, Israel, Mesir dan Negara-negara yang bersekutu bagi menetapkan langkah-langkah yang baru bagi menambahkan lagi kemasukan bantuan dan barang-barang ke Semenanjung Gaza. Dalam masa yang sama, langkah tersebut tidak mengubah kepada kemasukan senjata ke Gaza.
George Mitchell turut menyatakan, Israel bertekad meringankan ikatan ke atas setiap kemasukan barang-barang keperluan masyarakat awam ke Gaza. Begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan yang diselia oleh Pertubuhan Antarabangsa malah langkah-langkah keselamatan turut diteruskan bagi menghalang kemasukan senjata ke Gaza.
Dari pihak Mesir, Ahmad Abul Gheit, Menteri Luar menjelaskan sebaik sahaja selesai bertemu dengan Mitchell bahawa Mesir telah menghubungi berbagai-bagai pihak sama ada Amerika, Eropah, Israel dan juga Pihak Berkuasa Palestin Ramallah.
Beliau mempastikan iaitu pendirian Mesir juga jelas menyokong kepada dibukakan sekatan ke atas Gaza dan menuntut kepada Israel agar memberikan peluang kepada penduduk Palestin untuk memperolehi semua keperluan tanpa ada halangan malah menyeru kepada pembukaan semua sempadan secara penuh.
Dalaman Palestin
Berhubung masalahan pembaikan dalaman Palestin, Menteri Luar Mesir berkata pendirian Mesir seperti selalu, iaitu pihak-pihak berkenaan mesti menandatangani dokumen yang telah dikemukakan, FATAH telah menurunkan tandatangan, tetapi HAMAS belum menandatangani.
Sumber dari agensi berita turut menghubungi Ketua Perkumpulan individu bebas di Palestin, Dr. Yaseer Al-Wadiah yang berada di Kaherah masa ini menyatakan, apa-apa berita dalam beberapa hari yang lepas mengenai telah capai persepakatan antara HAMAS dan FATAH hanya 'pendapat peribadi' dari individu ke individu yang lain. Sehubungan itu apa yang dikehendaki sekarang, ialah menandatangani dokumen yang dikeluarkan oleh Mesir untuk pembaikan sesama Palestin. Jelasnya, keputusan sekarang di pihak HAMAS(istilah bahasa arab, 'bola berada di padang HAMAS'). Sumber 20/06/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan