
Sumber peta, google map. Nombor 12 hijau adalah kedudukan bandar Khan Yunis(ada yang menyebut Khan Yunus). Dan kedudukan Khuza'ah di nombor 11 yang bertentangan dengan tanah Palestin yang dijajah 1948, Israel. Bulat merah pula adalah kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang kini hanya tinggal nama setelah musnah teruk.
09.20 pagi, Mesir/Palestin : Sumber dari agensi berita safa.ps melaporkan bahawa Israel sedang menceroboh dengan berskala terhad ke bandar kecil Khuza'ah yang terletak di timur bandar Khan Yunis.
Berita penuh:
KHAN YUNUS - Beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh masuk ke tanah Palestin di bandar kecil Khuza'ah yang terletak di timur Khan Yunus pagi ini.
Sumber agensi berita safa.ps melaporkan tiga buah kereta kebal mengiringi tiga buah buldozer telah menceroboh sejauh 300 meter ke dalam kawasan tanah pertanian penduduk Palestin yang bertentangan dengan garisan sempadan yang memisahkan Gaza-tanah Palestin yang dijajah pada tahun 1948.
Sebagaimana dinyatakan, jentera-jentera perang Israel yang menceroboh turut menjalankan operasi 'mengesan' dan meratakan tanah seperti yang biasa dilakukan. Berikutan, para peladang Palestin bergegas meninggalkan kawasan terbabit kerana bimbang keselamatan mereka.
Semalam, penduduk Palestin dalam jumlah puluhan penduduk mengadakan tunjuk perasaan di bandar kecil Khuza'ah yang memprotes tindakan penjajah yang menubuhkan zon keselamatan di sepanjang sempadan. Sumber 15/06/2010, web berita safa.ps
Sementara itu di kota kecil Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa, sumber melaporkan bahawa pihak penjajah merobohkan sebuah rumah penduduk Baitul-Maqdis(terkini).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan