15 Jun 2010

Seorang penduduk maut akibat terowong runtuh

RAFAH - Seorang penduduk dari bandar Khan Yunus bersabung nyawa dan meninggal dunia akibat keruntuhan terowong bawah tanah di kawasan Mukhayyam Brazil yang terletak di garisan sempadan, Rafah Gaza(selatan)dengan tanah Mesir.

Sumber peta, google map. Kedudukan terowong bawah tanah yang runtuh itu berada di kedudukan nombor 2 berwarna putih, Mukhayyam Brazil. Garisan merah pula menunjukkan terowong bawah tanah yang merintangi sempadan antara Gaza-Mesir. Bulatan merah menujukkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang telah musnah teruk.

Pengerusi Bantuan Cemas di hospital Shifa', Dr.Muawiyah Husnain berkata, "pemuda yang meninggal dunia iaitu Abdullah Muhammad Barkah, 22 telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar, namun dipindahkan pula ke unit forensik di hospital Shifa' untuk dijalankan bedah siasat."

Beliau menyatakan, terowong bawah tanah yang runtuh itu mengakibatkan seorang lagi penduduk mengalami luka parah.

Sehingga kini, jumlah penduduk yang meninggal dunia akibat keruntuhan terowong bawah sejak beberapa tahun meningkat ke angka 156, manakala bilangan penududk yang parah dan cedera meningkat ke 700 orang. Sumber 15/06/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan