Sumber melaporkan seorang anggota polis Israel mati, manakala dua lagi mengalami luka parah akibat ditembak penduduk Palestin yang bersenjata. Kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan penempatan Israel, Bet Haggai yang terletak di selatan bandar Khalil, Tebing Barat pada pagi semalam.

Gambar peta, sumber google map. Penunjuk >> Titik bulat berwarna merah disepanjang garisan berwarna biru adalah lebuhraya nombor 60.
Dijelaskan, penduduk Palestin yang bersenjata melepaskan tembakan ke arah kereta polis Israel di lencong lebuhraya nombor 60, lalu mengakibatkan seorang dari polis Israel mati dan beberapa lagi cedera dan parah. Dari sumber lain menyebut empat anggota polis Israel cedera dan parah dalam kejadian itu.
Kesemua anggota polis Israel dibawa ke hospital Hadaasa di Al-Quds.
'mengessan' dan road-block
Setelah kejadian itu, tentera penjajah terus menutup jalan utama di pintu masuk ke Mukhayyam Al-Fawwar di selatan Khalil, malah dikerahkan sejumlah besar anggota tentera penjajah di kawasan berkenaan.
Selain itu, tentera penjajah turut mengadakan operasi mengesan individu yang melancarkan serangan tersebut di beberapa buah perkampungan Palestin malah diadakan sekatan jalanraya(road-block). Dalam operasi itu, empat penduduk Palestin telah ditangkap.
Sumber turut melaporkan kesemua jalan masuk ke Khalil(Hebron) ditutup, malah pesakit-pesakit yang mahu ke hospital turut dihalang.
Setakat ini, dari pihak Palestin tidak mengumumkan mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian itu. Namun, sumber media Israel menyebut bahawa pihak yang melancarkan serangan ke atas polis Israel adalah dari aktivis KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH).
Pihak Berkuasa Palestin kutuk serangan
Dari pihak rasmi, Pihak Berkuasa Palestin telah mengutuk serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin ke atas sepasukan tentera Israel di selatan bandar Khalil yang mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh dan beberapa lagi parah.
Salam Fayyad, Ketua Kerajaan Pentadbiran Palestin berkata, "Pihak Berkuasa akan terus mengambil apa jua langkah yang bersesuaian bagi menghalang kejadian itu dari berulang."
Dalam kenyataan rasminya, Salam Fayyad mengingatkan kejadian itu adalah menimbulkan bahaya kerana menjebakkan dalam kegiatan pelampau yang memberi mudharat kepada kepentingan tanahair dan meningkatkan lagi projek penempatan Israel.
Fayyad berkata, Palestin telah berpakat menggerakkan penentangan masyarakat secara aman menentang penempatan dan kegiatan ganas yang dilakukan penduduk Israel. Jelas Fayyad, Kerajaan Palestin menyokong sepenuhnya penentangan secara aman, dalam masa penentangan bentuk ini turut disokong pihak antarabangsa secara meluas. Sumber 15/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir),web berita Al-Jazeerah dan 14/06/2010, berita Al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan