
Jurucakap pendakwaraya Am Republik Jerman telah menyatakan sebagaimana yang dilapor sebuah majalah online(Der Spiegel Online International) bahawa polis Republik Poland telah menangkap seorang ejen Mossad yang disyaki dan dikehendaki Jerman kerana terjebak dalam pembunuhan seorang pemimpin HAMAS di Dubai, Muhammad Abdul Rauf Al-Mabhuh.
Gambar(Al-Jazeerah): Antara gambar-gambar yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhuh.
Majalah itu menyebut dalam edisi keluarannya yang akan dikeluarkan pada hari Selasa bahawa polis pengawal sempadan Republik Poland telah memberkas seorang individu di Lapangan Terbang Warsaw, Poland ketika cuba memasuki Negara ini dengan menggunakan pasport bernama 'Uri Brodsky' pada beberapa hari yang lalu.
Laporan dalam majalah tersebut mengatakan 'Brodsky' berwarganegara Israel yang disyaki terlibat membuat persediaan logistik bagi membunuh Al-Mabhuh.
Jurucakap bagi pendakwaraya berkata, individu yang ditangkap itu juga disyaki atas tuduhan memperolehi pasport Jerman tanpa mengikut undang-undang. Berikutan itu, urusan penyerahan individu terbabit kepada Jerman adalah terpulang kepada Pihak Berkuasa Poland.
Menurut sumber dari majalah yang sama, Jerman meminta Brodsky yang ditangkap itu diserahkan kepada Jerman.
Majalah yang menyiarkan perkara itu menyebutkan bahawa operasi penangkapan ejen yang disyaki itu turut menggugat hubungan diplomasi sehinggalah Kedutaan Israel ke Warsaw terpaksa campur tangan sebaik sahaja Kerajaan Poland menangkap Brodsky. Kedutaan Israel meminta supaya Poland tidak menyerahkan Brodsky kepada Jerman.
Menurut keterangan siasatan Jerman ada seorang ejen mossad yang lain menemani Brodsky ketika mengemukakan permintaan kepada pejabat pendaftaran penduduk di Cologne, Jerman Barat bagi mengeluarkan pasport Jerman pada tahun 2009.
Sementara itu, seorang individu yang menggunakan pasport Jerman atas nama 'Michael Bodenheimer' turut termasuk dalam senarai yang disyaki membunuh Al-Mabhuh di Dubai. Individu tersebut memasuki Dubai sebelum operasi bunuh, kemudian individu terbabit beredar meninggalkan Dubai sebaik sahaja selesai operasi bunuh dalam masa yang singkat.
Sebagaimana dinyatakan, sekurang-kurangnya 26 individu dari kumpulan Mossad terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhuh pada 19 Januari yang lalu di Dubai.
Identiti mereka diketahui melalui kamera CCTV yang merakam beberapa keping gambar ejen-ejen tersebut sewaktu menjalankan pembunuhan.
Dari sumber lain melaporkan bahawa Kementerian Luar Penjajah(Israel) telah mengesahkan malam ini mengenai berita seorang penduduk Israel, Uri Brodsky yang tertangkap di Poland. Sumber 12/06/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps
Pautan lain:
> Laman rasmi SPIEGEL ONLINE INTERNATIONAL
Baca lagi:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan