12 Jun 2010

Zapatero gesa buka sekatan

Perdana Menteri Spain, José Luis Rodríguez Zapatero membuat pengumuman bahawa beliau akan menyampaikan pesanan secara keras kepada Kesatuan Eropah(EU) agar mengambil langkah-langkah bagi mengakhiri sekatan ke atas Gaza. Demikian itu, dijadualkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri-menteri luar Eropah pada hari Selasa akan datang.

Gambar(Al-Jazeerah): Zapatero, kanan ketika berada dalam persidangan akhbar bersama Mahmoud Abbas, kiri.

Zapatero berkata dalam persidangan akhbar yang diadakan bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) yang mengadakan kunjungan rasmi ke Spain masa ini bahawa Spain akan menggesa rundingan dengan Israel diadakan bagi membuka ikatan)sekatan) yang dikenakan ke atas Gaza.

Jelau beliau lagi, Menteri Luar Spain, Miguel Ángel Moratinos Cuyaubé akan memberikan cadangan pada hari Isnin dengan menggesa Majlis Hal-Ehwal Luar Kesatuan Eropah membuat desakan bagi membuka sekatan ke atas Gaza dengan menggunakan apa jua kemampuannya dari sudut politik mahupun ruang diplomasi supaya tercapai tujuan itu.

Tambahan pula, Spain mengetuai Kesatuan Eropah secara pusingan pada masa ini.

Dari pihak Palestin, Mahmoud Abbas juga menyeru agar sekatan ke atas Gaza berakhir.

Lawatan Abbas adalah rentetan dari kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap Israel berhubung kematian sembilan sukarelawan Turki yang membawa barang-barang bantuan untuk Palestin. Kejadian itu berlaku ketikamana unit khas komando tentera laut atau unit Shayetet 13 Israel merempuh kapal Mavi Marmara Turki gabungan armada pembebasan yang dalam pelayaran menuju ke Gaza pada 31 Mei 2010. Sumber 12/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan