GAZA - Sumber melaporkan tiga pekerja Palestin mengalami luka yang berbeza setelah ditembak tentera penjajah. Ketika itu, mereka sedang mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan rumah di utara Bet Lahiya yang terletak di bahagian utara Semenanjung Gaza.
Menurut saksi yang berkata, 'seorang pemuda Palestin, Muhammad, 22 mengalami luka parah akibat ditembak tentera penjajah, namun dua lagi penduduk Palestin tidak dapat dipastikan'.
Sumber saksi menjelaskan bahawa penduduk Palestin itu yang mengumpul kepingan-kepingan besi telah diberi amaran dengan tembakan pertama, lantas dengan seberapa segera tentera penjajah terus melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin itu.
Sebagaimana dinyatakan, tentera-tentera penjajah yang berpengkalan di dalam kawasan menara kawalan tentera itu sengaja melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang bekerja mengumpul kepingan besi dan runtuhan batu bata. Tujuan mereka bekerja dengan cara sedemikian adalah untuk mendapatkan sumber rezeki ketikamana kehidupan mereka dibelenggu dengan sekatan dan tahap ekonomi yang tidak menentu. Sumber 12/06/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan