
KHALIL - Seorang wanita Palestin mengalami luka parah sejurus serangan penduduk Israel di rumahnya pada waktu tengahari tadi di kampung Tuwani, selatan Wilayah Khalil(Hebron), Tebing Barat.
Gambar peta, rujuk google map. No.65 hijau adalah kedudukan kampung Tuwani Palestin yang diserang penduduk Israel dari penempatan Ma'on yang bernombor 24 biru.
Pengerusi Majlis Perkampungan Tuwani, Sabeer Al-Huraimi berkata kepada agensi berita bahawa 'sekumpulan dari penduduk Israel telah menyerang sebuah rumah yang didiami penduduk Palestin dengan memunggal batu ke arah tuan rumah, Jam'ah Musa Rab'ie, lantas terkena di bahagian kepala isterinya yang berusia 35 tahun'.
Dinyatakan, ambulan Palestin membawa isteri Jam'ah yang mengalami luka parah ke hospital.
Sabeer Al-Huraimi turut menjelaskan sekumpulan penduduk Israel itu datang dari penempatan Ma'on yang berhampiran dengan kampung terbabit serta menyerang rumah penduduk Palestin.
Tambah Pengerusi itu lagi, semasa penduduk Israel menyerang, tuan rumah dengan tangkas mempertahankan keluarganya dan berlaku pertempuran berbalas batu antara penduduk Palestin dengan penduduk Israel. Kejadian itu mengakibatkan seorang wanita Palestin parah dan dibawa ke hospital.
Beliau turut menyatakan bahawa kampung tersebut terletak di bahagian selatan Khalil yang berhampiran dengan beberapa buah penempatan Israel. Dinyatakan, kerap kali penduduk Israel dengan sengaja membuat serangan secara ganas ke atas Kota Kecil itu. Sumber 12/06/10, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan