
Menteri Perang(pertahanan) Israel, Ehud Barak telah berbincang dengan Ketua Badan Perisikan Mesir, Wazir Omar Sulaiman mengenai isu perjalanan kapal 'Amal' Libya(gambar sebelah) yang dijangka berlepas ke Gaza hari ini dari Greek.(link)
Akhbar 'Jerusalem Post' Israel melaporkan bahawa Barak telah mengadakan pertemuan dengan Omar Sulaiman secara tergesa-gesa bagi membincangkan isu kapal Libya. Pertemuan tersebut menyentuh cadangan bagi mengubah laluan kapal Amal ke pelabuhan 'Arish(Mesir) dari terus menuju ke Gaza.
Tambahan lagi, ketika pertemuan itu, Menteri Perang Israel menyatakan ketetapan Israel secara masa ini tidak membenarkan mana-mana kapal sukarelawan tiba dan berlabuh di Gaza.

Sumber turut menyatakan, Israel berusaha menghalang kapal(untuk tujuan ke Gaza) dari berlepas dari pelabuhan atau terus menggagalkan pelayaran ke Gaza. Yang demikian itu, Israel berhubung secara langsung dengan Pihak Berkuasa Greek bagi menghalang kapal Libya berlepas dari pelabuhan Greek.
Gambar: dek kapal Amal yang memuatkan barang-barang bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Dari sumber berita Al-Jazeerah melaporkan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman membuat perjanjian dengan rakan sejawatnya; Greek dan Moldova agar kapal Amal Libya tidak boleh sampai ke Gaza.
Sumber yang sama, Khaled Al-Dib, wartawan Al-Jazeerah yang turut serta dengan kapal Amal berkata, pihak penaja kapal ditawarkan oleh Israel untuk berlabuh di pelabuhan Ashdod, Israel. Dan barang-barang bantuan akan dipindahkan dari pelabuhan Israel ke Gaza.
Laporan dari agensi berita safa pada jam 09.16 pagi tadi menyebut, Israel menyeru kepada pihak antarabangsa serantau bagi menghalang Libya dari melepaskan kapalnya belayar ke Gaza yang dikatakan usaha untuk melanggar sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.

Tindakan tersebut berikutan dari surat yang disampaikan oleh wakil Israel di PBB kepada Setiausaha Agung PBB serta Majlis Keselamatan Antarabangsa. Dalam surat itu menyebut, Israel berhak menghalang kapal-kapal yang mahu melanggar sekatannya.
Gambar: Banting 'Gaddafi International Charity and Development Foundation' selaku pihak yang menaja kapal.
Kapal Amal Libya masih menanti kebenaran dari Greek untuk belayar ke Gaza.
Dari pihak sukarelawan(aktivis) kapal Libya menetapkan bahawa mereka tidak akan tunduk kepada tekanan Israel dan mereka akan meneruskan pelayaran. Kapal Amal Libya disertai 30 sukarelawan yang membawa beribu-ribu tan muatan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang di kenakan sekatan sejak empat tahun yang lalu. Sumber 10/07/2010, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan