
Terkini, jam 7.40 malam, Mesir/Palestin: Kapal 'Amal' Libya yang membawa bantuan kemanusiaan telah beredar dari perairan laut Greek menuju ke Gaza.
Wartawan Al-Jazeerah melaporkan bahawa kapal Amal tidak akan mengubah laluannye ke 'Arish sepertimana yang digembar-gembur sebelum ini bersandarkan kepada perjanjian(persepakatan) antara Kerajaan Greek, Israel dan kapten kapal.
Menurut wartawan Al-Jazeerah yang mengikuti kapal Amal menukilkan dari kapten kapal bahawa berita yang menyebutkan ada perjanjian dengan pihaknya mengenai perubahan laluan kapal ke 'Arish adalah 'bohong'. Kapten kapal menyatakan kapal menuju ke tempat tujuannya iaitu pelabuhan Gaza. Sumber 10/07/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan