08 Julai 2010

Delegasi Greek dan Sudan tiba di Gaza

RAFAH - Badan Pengurusan Sempadan dan Lintasan di Gaza mengumumkan bahawa delegasi dari pertubuhan bukan Kerajaan(NGO) Greek tiba di Semenanjung Gaza sekitar waktu asar petang tadi melalui sempadan Rafah Mesir.

Sebagaimana dijadualkan, delegasi NGO Greek yang berhaluan kiri terdiri dari enam anggotanya akan memasuki Gaza dengan diketuai Dr. George Karlmitrus, tetapi pihak Mesir hanya membenarkan 2 anggota sahaja dari delegasi tersebut berserta empat buah kotak yang mengandungi bantuan perubatan untuk Yayasan Kesihatan di Gaza.

Dalam masa yang sama, delegasi Sudan yang terdiri daripada 2 orang doktor perubatan dibenarkan masuk ke Gaza. Turut bersama mereka sebuah lori sederhana besar yang membawa bekalan perubatan dan peralatan pengkhususan mata. Sumber 08/07/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan