09 Julai 2010

Pihak Keselamatan dan Penjajah tangkap 6 penyokong HAMAS, Mesir bebas 2 anggota JIHAD ISLAMI

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) mendakwa Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat menangkap empat penyokongnya dari dua Wilayah; Qalqiliya dan Nablus.

HAMAS menyatakan sedemikian dalam satu keterangan yang disampaikan kepada agensi berita, "Pihak Keselamatan Qalqiliya telah menangkap Syeikh Zahran Kharub yang merupakan imam masjid di hadapan masjid Sharhabil di desa Hablah selepas solat isyak."

Di Nablus pula, Pihak Keselamatan Palestin telah menangkap beberapa pelajar yang menjadi penyokong HAMAS di Universiti An-Najah, iaitu Ahmad Usaidah dari kampung Tall, Mu'tasim dari kampung Salim, dan Muaz Ghassan Daruzah dari bandar Nablus. Mereka ditangkap setelah dipanggil melaporkan diri kepada Pihak Keselamatan.

HAMAS turut menyebut, seiring 'penyelarasan keselamatan' yang berterusan antara Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin Ramallah, dua dari anggotanya, Hamad Hasan Al-Umlah yang merupakan Ketua Majlis Desa Beit Ula serta Mahmud Hamdi Shubanah dari Khalil telah ditangkap oleh penjajah.(10.24 pagi, Palestin/Mesir)

Mesir bebas 2 anggota JIHAD ISLAMI

Sementara itu, laporan dari Gaza(10.26 pagi, Palestin/Mesir) menyebutkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir telah membebaskan 2 anggota gerakan JIHAD ISLAMI Palestin pagi ini setelah pemimpin gerakan itu berusaha menghubungi pihak Mesir bagi membebaskan anggota JIHAD ISLAMI dari penjara-penjara Mesir.

Khidhir Habib, salah seorang pemimpin JIHAD ISLAMI dalam kenyataannya pagi ini yang disampaikan kepada agensi berita, berkata, "usaha yang telah dijalankan pemimpin JIHAD ISLAMI dengan menghubungi saudara Mesir(Kerajaan Mesir) telah membuahkan kejayaan yang merupakan pertama kali telah membebaskan 2 dari tahanan gerakan ini."

Beliau menjelaskan, dua anggotanya yang dibebaskan adalah Hamzah Humaid anak kepada komander SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) iaitu Humaid yang dibunuh tentera Israel beberapa tahun yang lalu. Seorang lagi yang dibebaskan, Ubaid Al-Gharably. Kedua-dua mereka ini telah ditangkap sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir pada bulan yang lalu untuk pulang ke Gaza dari Negara luar.

Menjawab soalan berhubung penyelarasan dengan Mesir agar tidak ada penangkapan ke atas anggota JIHAD ISLAMI, Habib berkata, "kami telah mengutuskan surat kepada saudara kami di Mesir bahawa penangkapan tersebut tidak wajar", jelas dari hal sedemikian, pihak Mesir tidak lagi menangkap seorang pun dari anggotanya semenjak sebulan yang lalu.

Pemimpin JIHAD ISLAMI itu menyatakan, pihak Mesir memberikan respon yang positif mengenai isu tahanan anggota gerakannya.

"Kami harap dapat melihat mereka kembali ke pangkuan keluarga", kata Habib.

Namun, Habib menerangkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir masih menahan tidak lebih dari 10 anggotanya di penjara Mesir. Beliau menyatakan, usaha untuk membebaskan mereka terus dijalankan. Sumber 09/07/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan