
TULKARM - Sepasukan tentera penjajah merempuh masuk ke kampung Khirbet Jabbarah yang terletak di selatan Tulkarm, Tebing Barat. Penjajah yang melakukan rempuhan di awal pagi tadi turut memeriksa beberapa buah penduduk setelah penduduk dipaksa keluar dari rumah.
Sumber peta, google map. Berdasarkan dari penelitian kami, kampung Khirbet Jabbarah terletak dalam petak berwarna biru. Menurut maklumat wikipedia, kampung Jabbarah berjiran dengan Al-Ras dan 10% dari keluasan tanahnya termasuk dalam Fa'run. Kampung Jabbarah ini merupakan antara perkampungan dan desa yang terbesar serta memiliki 78 buah ladang ternakan haiwan. Manakala garisan putih yang putus-putus adalah garisan yang memisahkan Tebing Barat dengan tanah Palestin yang dijajah pada tahun 1948(garisan hijau).
Menurut saksi, sepasukan tentera Israel dalam jumlah yang besar merempuh masuk ke perkampung itu pada jam 1.00 pagi dan beberapa buah rumah telah diperiksa. Dua buah rumah penduduk Palestin, Mustafa Yusof Audh dan Samer Taha Yusof turut digeledah peralatan dan kelengkapan rumah mereka.
Sumber menyatakan, tentera Israel memberkas penduduk dan membiarkan mereka di sebuah kawasan terbuka dalam tempoh masa yang lama sambil mengutuk dan memaki-hamun penduduk.
Dalam rempuhan tersebut tidak ada sebarang berlaku penangkapan. Sumber 08/07/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan