
RAFAH - Sumber melaporkan, beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh di pertengahan sempadan Karem Abu Salem(Kerem Shaloum) yang terletak di timur Rafah, selatan Gaza pagi tadi. Ketika pencerobohan, penjajah turut melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.
Sumber peta, google map. Anak panah berwarna biru menunjukkan arah pencerobohan penjajah Israel. Bulatan berwarna oren pula adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang tidak beroperasi dan kerap kali diserang penjajah. Manakala, bulatan berwarna merah adalah keduduk sempadan Rafah Mesir yang merupakan jalan masuk utama ke Semenanjung Gaza.
Agensi berita menjelaskan, 3 buah jentera perang mengiringi dua buah jentolak menceroboh sejauh 200 meter ke dalam kawasan Palestin yang bertentangan dengan garisan sempadan.
Sebagaimana dimaklumkan, jentera perang Israel yang menceroboh masuk ke kawasan tanah Palestin melepaskan tembakan yang bertubi-tubi ke arah rumah-rumah penduduk yang berdekatan dengan kawasan berkenaan, namun tiada laporan mengenai sebarang luka parah. Dalam masa yang sama, dua buah jentolak Israel meratakan tanah serta melakukan operasi mengesan.

Tangkap nelayan Gaza
Sementara itu, sumber keselamatan menyebutkan bahawa bot-bot perang Israel telah menangkap beberapa nelayan Gaza berdekatan kawasan peranginan Al-Waahah. Kedudukan kawasan tersebut di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.
Gambarajah di sebelah adalah peta keseluruhan Semenanjung Gaza. Garisan merah(lingkaran) di perairan laut Gaza adalah had yang dibenarkan kepada nelayan Gaza untuk menangkap ikan yang hanya sejauh 3 nautika dari pantai Gaza. Had tersebut merupakan lingkaran keselamatan yang dikenakan ke atas Gaza selepas perang Gaza pada awal 2008 dan awal 2009. Kedudukan Bait Lahiya di utara Semenanjung Gaza.
Beberapa nelayan yang ditangkap itu ketika tentera laut Israel menjalani sesi latihan. Sehingga kini, nasib nelayan yang ditangkap tidak diketahui. Sumber 08/07/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan