07 Julai 2010

Rundingan damai secara langsung beberapa minggu lagi - Barak

AL-QUDS, - Menteri Perang(Pertahanan) Israel, Ehud Barak, membuat jangkaan bahawa rundingan secara langsung dengan Pihak Berkuasa Palestin Ramallah akan dilaksanakan dalam beberapa minggu lagi, setelah hal tersebut dibincangkan secara khusus dalam pertemuan Obama dengan Netanyahu di Washington semalam, Selasa.

Barak berkata sedemikian ketika dalam satu perjumpaan dengan tiga anggota kongres Amerika di Al-Quds hari ini.

Presiden Israel, Simon Perez pula berkata, pertemuan antara Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama seperti 'membuka jalan' kepada rundingan damai secara langsung antara Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin Ramallah. Sumber 07/07/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan