28 Julai 2010

Israel persiapkan misi, ALWIYAH tembak seorang tentera Israel

GAZA - Kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN merupakan sayap tentera kepada Lijan Muqawamah Sha'biah mengumumkan pada tengahari tadi bahawa pejuangnya telah menembak tepat seorang tentera Israel di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Dalam keterangan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'safa', ALWIYAH berkata, salah sebuah dari unit pejuangnya telah berjaya menembak tepat seorang tentera Israel yang berada di atas sebuah jentera perang ketika menceroboh di kawasan Bu'rah Abu Samrah, utara Beit Lahiya.

Tambah ALWIYAH lagi, tembakan tersebut tepat ke atas sasaran yang pasti mendapat luka parah.

Dalam keterangan rasmi itu, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengakui bahawa operasi yang dilakukannya adalah balasan ke atas penentangan Israel bukan sahaja di Gaza malah pencerobohan ke atas setiap pelusuk tanah Palestin yang dijajah. Kumpulan pejuang ini menegaskan bahawa satu-satunya untuk membebaskan tanah-tanah Palestin secara keseluruhan adalah dengan jalan jihad dan penentangan.

Sementara itu, sumber keselamatan Palestin menjelaskan bahawa jentolak-jentolak dan jentera perang Israel berkumpul di atas garisan sempadan Beit Lahiya, di samping melepaskan tembakan.

Sumber yang sama memaklumkan kepada agensi 'safa' bahawa memang ada pencerobohan Israel di kawasan berkenaan, namun tidak ada sebarang luka parah di kalangan penduduk. Sumber 28/07/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan