Syeikh Kamal Khatib, Timbalan Ketua Gerakan Islam dalam jajahan 1948 menyebut tentang peringatan dan waspada mengenai perancangan bunuh oleh zionis ke atas Syeikh Raed Salah yang menjalani hukuman penjara selama 5 bulan di dalam penjara 'أيالون' Israel.
Beliau menyatakan sedemikian dalam kenyataan akhbar, bahawa wujudnya bahaya kepada Syeikh Raed Salah berikutan bahagian penjara yang didudukinya juga ada penjenayah-penjenayah Yahudi.
Jelas beliau lagi, Syeikh Raed Salah telah menerima percubaan bunuh namun gagal iaitu ketikamana Syeikh Raed berada di atas kapal Mavi Marmara dalam serangan berdarah pada akhir bulan Mei. Kebimbangan dengan situasi percubaan bunuh mungkin akan berulang ketika Syeikh Raed berada dalam penjara yang turut ada penjenayah Yahudi dan gesaan dari wakil 'SHABAK' zionis.
Syeikh Kamal Khatib menyebut bahawa Ketua Gerakan Islam jajahan 1948(Syeikh Raed Salah) telah membantah penggantian hukuman khidmat masyarakat dalam Yayasan-yayasan Pertubuhan zionis dengan memilih penjara selama 5 bulan berikutan mahkamah Israel telah memutuskan keputusan yang zalim ke atas Syeikh Raed Salah setelah beliau ditangkap dalam kes di pintu Al-Magharibah(salah sebuah pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa). Sebagaimana dijelaskan, pada waktu kejadian, beliau mempertahankan diri dari pukulan polis zionis. Sumber 28/07/2010, web rasmi Pejabat Penerangan, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan