01 Ogos 2010

01.36 petang, penjajah ceroboh masuk ke pertengahan bandar Dura

Sumber dari agensi berita 'safa' melaporkan pada jam 01.36 petang, Palestin/Mesir bahawa pihak tentera penjajah telah menceroboh masuk ke pertengahan bandar Dura, Khalil, Tebing Barat.

Dinyatakan, pertempuran sengit meletus antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera penjajah.

Berita penuh:

KHALIL - Tentera penjajah yang merempuh masuk ke pertengahan bandar Dura telah menangkap seorang penduduk Palestin di tempat kerjanya pada tengahari tadi.

Menurut saksi kejadian yang berkata kepada agensi berita 'safa' berkata, tentera penjajah telah menangkap seorang penduduk, Yusof Abd Aziz Qazaz, 37 selepas tentera penjajah merempuh masuk ke sebuah syarikat cawangan telekomunikasi Palestin di Dura.

Sumber menyatakan, 10 buah jentera perang Israel menceroboh ke Syarikat terbabit yang merupakan tempat kerja Yusof yang berhampiran dengan bangunan Majlis Perbandaran. Dalam pencerobohan itu, tentera penjajah melepaskan tembakan bom sound dan gas ke atas seorang pemuda yang menghadang jentera perang penjajah.

Berikutan itu, berpuluh-puluh penduduk mengalami sesak nafas akibat tembakan bom gas. Malah pekerja-pekerja bengkel pembinaan yang berhampiran turut mengalami sesak nafas kerana bom gas yang dilepaskan secara bertubi-tubi. Sumber 01/08/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan