
AL-QUDS, - Presiden Negara Penjajah, Simon Perez dilaporkan mengadakan kunjungan rasmi ke Kaherah hari ini bagi menyambut undangan dari Presiden Mesir, Housni Mubarak sebelum ini. Sumber Mesir menyebut, perjumpaan kedua-dua pemimpin ini adalah merupakan usaha bagi menghidupkan usaha perdamaian di Timur tengah.
Gambar(akhbar Perancis): Housni Mubarak kanan dan Simon Perez di kiri sebelum mengadakan perbincangan.
Sumber Israel menyebut, Perez akan membincangkan dengan rakan sejawatnya mengenai jalan untuk mendorong Palestin dan Israel mengadakan rundingan secara langsung. Tambah dari sumber Mesir bahawa tujuan tersebut adalah untuk mencapai penyelesaian konflik dengan penubuhan dua Negara(Israel dan Palestin).
Dalam kenyataan yang disebarkan melalui radio penjajah, Perez berharap dapat mengadakan rundingan damai secara langsung dengan Palestin. Perez mengungkapkan masalah penempatan mesti diselesaikan melalui jalan rundingan dan bukannya seperti sebelum ini, menurut kenyataannya.
Sumber dari Al-Jazeerah yang menukil dari akhbar 'Al-Shar Al-Awsat Al-Misriah' Mesir menyebut pertemuan Presiden Mesir dan Israel adalah untuk menyempurnakan perbincangan yang berlangsung akhir-akhir ini antara Housni Mubarak dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Pertemuan rasmi ini turut membincangkan keputusan-keputusan hasil pertemuan Menteri-menteri Luar Panel Inisiatif Perdamaian Arab yang berlangsung di ibu pejabat Liga Arab Khamis lalu.
Menurut sumber Mesir dari laporan berita safa.ps, Mubarak akan memastikan kepada Perez bahawa perlu mengadakan rundingan dengan asas-asas rujukan yang jelas, malah Mubarak turut akan mendesak bagi memperluaskan lagi pengawalan keamanan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat. Disebutkan lagi, tempoh pembekuan pembinaan penempatan Israel yang berakhir pada September ini akan diminta lanjutkan lagi.
Kunjungan Presiden Negara Penjajah ke Kaherah mengambil masa selama beberapa jam. Sebagaimana dimaklumkan, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit yang menyambut ketibaan Perez di lapangan terbang. Sumber 01/08/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan