20 Ogos 2010

80 ribu solat di Al-Aqsa

AL-QUDS, - Lebih 80 ribu penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa dalam minggu kedua sempena Ramadhan meskipun wujud kawalan ketat yang telah dijalankan oleh penjajah . Dinyatakan, kawalan ketat diadakan sejak awal pagi tadi di sekeliling Masjid Al-Aqsa.

Sumber dari Al-Quds yang menyampaikan hal tersebut kepada agensi berita safa berkata, 'penduduk Palestin terpaksa melalui kawalan ketat yang diadakan oleh penjajah dan 80 ribu darinya berjaya tiba ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat di bawah terik matahari.'

Jelas sumber itu lagi, beberapa penduduk Palestin pitam berikutan cuaca yang terlalu panas.

Berikutan cuaca panas terik, skuad pengakap di Masjid Al-Aqsa memasang 10 buah payung bersaiz kecil di perkarangan Masjid Qubbah As-Sakhrah bagi melindungi jemaah solat wanita dari kepanasan matahari.

Suhu panas hari ini di Masjid Al-Aqsa berada di takat yang paling tinggi dan meningkat 10 darjah celcius dari tahun lalu. Sumber 20/08/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan