
KHALIL - Sumber melaporkan pada hari ini, bahawa sepasukan tentera penjajah telah menangkap tiga penduduk Palestin dari bandar kecil Surif(gambar di sebelah) di barat laut Khalil, Tebing Barat.
Jurucakap Majlis Perbandaran Surif, Jihad 'Ar 'Ar berkata kepada agensi berita safa, 'sepasukan tentera penjajah menangkap Ahmad Ismail Abd Rahman Ghanimat, 32, Mus'ab Mustafa Sabieh Al-Hur, 26 dan Luai Fawaz Talib Abid, 24.'
Tambah beliau, beberapa buah jentera perang penjajah yang disokong dengan unit tentera telah merempuh masuk ke bandar tersebut serta menjalankan operasi pemeriksaan di rumah penduduk Palestin yang ditangkap.
'Ar 'Ar menyatakan tentera penjajah kerap kali merempuh masuk ke desa tersebut yang boleh dikatakan tiap-tiap malam malah kerap mengadakan rondaan di setiap pelusuk Surif. Sebagaimana dilaporkan, operasi rempuhan dan penangkapan di desa tersebut telah meningkat sejak beberapa hari yang lalu sehingga hari ini.
Berita yang dinukil dari sebuah akhbar harian Mesir 'Shourouk' turut melaporkan penjajah telah menangkap tiga penduduk Palestin semalam di Tebing Barat(tidak dinyatakan Wilayah berkenaan).
Menurut akhbar Israel 'Yediot Ahronot', ketiga-tiga penduduk Palestin yang ditangkap dibawa kepada Unit Keselamatan penjajah untuk soal jawab.
Akhbar Israel tidak menjelaskan mereka yang ditangkap menganggotai mana-mana parti politik atau kumpulan pembebasan Palestin.
Sumber hanya menyebut, operasi rempuhan dan penangkapan yang dilancarkan oleh penjajah di Tebing Barat adalah untuk menjejaki para aktivis Palestin yang 'dikehendaki'. Sumber 20/08/2010, web berita safa.ps dan suratkhabar Shourouk(Mesir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan