20 Ogos 2010

Israel kekang dua perarakan Palestin

BET LEHEM - Selepas solat Jumaat, tentera-tentera penjajah mengawal dua buah perarakan yang berlangsung di Bil'in dan Al-Ma'sara. Dua perarakan tersebut adalah untuk menentang penempatan Israel dan tembok pemisah di Tebing Barat.

Dilaporkan, puluhan penduduk Palestin yang menyertai perarakan di kampung Al-Ma'sara mengalami sesak nafas berikutan tembakan bom gas yang dilepaskan oleh tentera penjajah.

Penyelaras Gerakan Rakyat Menentang tembok pemisah di Al-Ma'sara, Muhammad Buraijiah menyatakan, 'dalam lingkungan 80 penduduk Palestin yang keluar menyertai perarakan bagi mengutuk tindakan penjajah yang melanggar hak asasi manusia ke atas penduduk Palestin malah perarakan tersebut turut mengecam keras kejadian sikap bongkok seorang bekas tentera wanita penjajah yang menghina penduduk Palestin ketika dalam tahanan dengan menyebarkan rakaman gambar.'

Dalam ucapannya di hadapan perarakan itu, Buraijiah menjelaskan bahawa 'Israel adalah Negara yang mengenepikan undang-undang dan melanggar hak-hak kebebasan penduduk Palestin.'

Di Bil'in, perarakan yang diadakan secara mingguan turut ditentang tentera penjajah apabila bom gas dan sound-bom dilepaskan ke atas para peserta. Berikutan itu, mengakibatkan beberapa peserta mengalami sesak nafas.

Keadaan terus berubah dan berlaku pertempuran antara para peserta dengan tentera penjajah. Para peserta yang menjadi mangsa bom gas dan sound-bom bertindak melontar batu ke arah tentera penjajah, lantas mengakibatkan beberapa tentera penjajah cedera dan ada yang dibawa untuk rawatan. Sumber 20/08/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan