06 Ogos 2010

Israel bebas kapal freedom flotilla

Semalam, Israel telah membebaskan sebuah kapal bantuan Turki 'Mavi Marmara' setelah ditahan melebihi dua bulan. Sumber turut memaklumkan bahawa pada hari ini, dua buah lagi kapal freedom flotilla yang ditahan ketika dalam perjalanan ke Gaza pada akhir Mei akan dilepaskan Israel.

Gambar(AFP): The Mavi Marmara leaves Haifa for Turkey, August 5, 2010

Kapal Mavi Marmara telah menyaksikan serangan berdarah yang mengorbankan 9 sukarelawan Turki pada 31 Mei yang lalu. Kini, Mavi Marmara telah dilepaskan oleh Israel dan sekarang dalam pelayaran dari pelabuhan Haifa, Israel menuju ke Turki.

Menurut sumber berita 'hurriyet' Turki bahawa Mavi Marmara ditunda keluar dari pelabuhan Haifa dengan sebuah kapal penunda. Kapal tersebut dihantar khas untuk mengembalikan Mavi Marmara.

Wakil dari pihak Israel dan Turki berkata bahawa dua buah kapal lain, iaitu 'Gazze' dan 'Define Y' yang masih ditahan di pelabuhan Ashdod akan dibebaskan pada hari Jumaat(hari ini).

Ketika ini, Israel masih menahan 4 buah kapal bantuan dari Negara lain yang turut menyertai freedom flotilla, termasuklah kapal kargo Ireland, Rachel Corrie.

Pada 23 Julai lalu, Turki telah mengumumkan bahawa Turki akan mengembalikan kapal-kapal yang ditahan Israel dalam operasi ketenteraan yang menghadang serta merempuh naik ke kapal di perairan antarabangsa pada 31 Mei lepas.

Begitu juga dengan Israel yang menyatakan bersetuju menyertai panitia siasatan antarabangsa yang telah dibentuk oleh PBB bagi menyiasat 9 sukarelawan Turki yang terkorban dalam serangan berdarah ke atas kapal Mavi Marmara.

Terdahulu, angkatan tentera laut Israel telah merampas 8 buah kapal freedom flotilla dengan kekerasan.

Berikutan serangan berdarah telah menimbulkan ketegangan antara Turki dengan Israel malah Israel turut dikecam di peringkat antarabangsa. Lebih dari itu, Tel-Aviv juga dipaksa melonggarkan sebahagian sekatannya yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza yang telah memasuki tahun ke empat. Sebahagian besar masyarakat Palestin dari jumlah 1.5 juta penduduk di Gaza bergantung kepada bantuan-bantuan antarabangsa. Sumber 06/08/2010, web berita Al-Jazeerah, 05/08/2010 web berita TRT Arabic(Turkey), 05/08/2010 web berita Hurriyet(Turkey) dan 05/08/2010 web berita Haaretz(Israel)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan