06 Ogos 2010

Penjajah tangkap seorang penduduk, rumah Palestin diserang penduduk Israel

KHALIL - Sepasukan tentera penjajah telah menangkap seorang penduduk Palestin yang bekerja sebagai pemandu ketikamana dia ditahan oleh polis Israel di jalan Al-Quds-Khalil.

Sumber keamanan menyampaikan kepada agensi berita safa bahawa polis penjajah telah menahan Nabil Ad-Deek, pemandu yang dimaksudkan selepas dia dipukul. Berikutan itu, kunci keretanya turut dirampas dan dibawa ke arah yang tidak diketahui.

Kes lain di Kota Lama, bandar Khalil, penduduk Israel bertindak jahat ke atas dua buah rumah adik-beradik, Mazen dan Marwan Musawwadah dengan melontar batu serta cuba untuk merempuh masuk ke dalam buah rumah terbabit.

Beberapa jam ketika menjelangnya subuh, peronda-peronda penjajah kerap melakukan rondaan di beberapa jalan yang berlainan, kawasan perumahan dan beberapa buah desa. Sumber 06/08/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan