08 Ogos 2010

Radig hampir ke Rafah

KAHERAH - Menurut Ashwad Ismail, wartawan astro awani ketika dihubungi MAP, berkata bahawa rombongan ramadhan di Gaza(Radig) telah tiba di 'Arish, Mesir sebelum masuknya waktu maghrib, waktu Mesir/Palestin.

Gambar: 'Arish di kedudukan bulatan berwarna merah dan Semenanjung Gaza berwarna hijau.

Jelas Ashwad, salah seorang pihak media yang menyertai rombongan tersebut mengungkapkan perjalanan mereka dari Kaherah ke 'Arish amat menyenangkan dan begitu mudah malah rombongan ini turut diiringi pihak keselamatan Mesir.

Radig dijadualkan bertolak dari 'Arish ke Rafah Mesir sebelum memasuki Semenanjung Gaza pada esok hari. Sumber 08/08/2010, MAP

Baca lagi:


Pautan lain:


Antara rakaman bergambar Radig di Hayyu Sabiek, Kaherah pada 07/08/2010

:: antara wakil media ::

:: anggota rombongan Radig bermesra dengan pelajar di restoran rumah anak-anak Wilayah Persekutuan ::

:: Radig bertemu dengan kuasa usaha sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Encik Shaiful ::

:: Taklimat kepada anggota rombongan Radig ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan