08 Ogos 2010

Setelah KEKAL'10, kini bakal menemui anda di Sri warisan Johor

Minggu ini MAP terus kekal dengan bentuk pameran untuk membuka mata dan mendengarkan telinga anda berhubung isu-isu yang berkait dengan Palestin secara khusus.

Kini, kami sedia menemui pengunjung di Bazar Sri Warisan Johor pada hari Isnin, 9 Ogos 2010 pada jam 1.30 petang sehingga jam 7.00 petang. Di manakah tempatnya? Anda akan tahu setelahmana anda hadir di situ.

Antara yang menarik untuk kami paparkan kali ini:

1) Analisis pendapat(carta)
2) Peta Minda MAP berhubung kemelut isu Palestin dan menyentuh isu global
3) Klip video 'Mavi Marmara' dan klip-klip berita terbaru
4) Isu-isu terkini
5) Dan banyak lagi.

Semoga anda dapat meluangkan masa selama beberapa jam di ruang pameran yang tersedia ini.

Gambar-gambar pameran KEKAL'10

:: antara hak dan batil ::

:: Paparan-paparan yang dibina oleh anggota komuniti MAP ::

:: Antara sumber bacaan kami ::

:: karya dari seorang anggota komuniti MAP mengisarkan tentang tembok pemisah di Tebing Barat ::

:: Gambar yang diperolehi dari jaringan flickr IHH memaparkan usaha bebaskan sekatan ke atas Gaza ::

:: kami sengaja buat begini selagimana zionis ketagih darah Palestin ::

:: Ehh, tershilap pulak..karpet ke apa. Moga kelak dewasa menjadi pendorong untuk pertahankan hak umat Islam ::

:: kempen boikot yang tak pernah jemu ::

:: Lihat nasib mereka melalui hati ::

:: Singgah ke Mesir, pameran turut menjadi destinasi kunjungan. Usia tidak menjadi penghalang untuk terus menyelami apa yang berlaku kepada umat Islam ::

:: salah seorang pengunjung melihat rakaman gambar keganasan dan kezaliman zionis Israel yang tidak pernah ada noktah kesudahan ::

Disediakan oleh:
Komuniti Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan