[Berita semalam, 03/09/2010]
Semalam, sejumlah besar dari penduduk Palestin di Tebing Barat menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Aqsa. Sumber melaporkan, semenjak awal pagi, penduduk-penduduk Palestin berpusu-pusu menuju ke Masjid Al-Aqsa meskipun Pihak Berkuasa rejim zionis mengadakan kawalan ketat.
Yayasan Waqaf dan Warisan Al-Aqsa dalam kenyataan media selepas jumaat memaklumkan bahawa sekitar 220 ribu penduduk Palestin menunaikan solat jumaat yang terakhir Ramadhan di Masjid Al-Aqsa.
Sumber web rasmi Palestine 1948 melaporkan penduduk Palestin di dalam tanah Palestin berusaha pergi ke bandar Al-Quds dan ada yang dapat memasuki Masjid Al-Aqsa meskipun kawalan ketat di seluruh bandar Al-Quds dan di sekeliling pintu masuk Masjid Al-Aqsa. Bagaimanapun, hanya peringkat umur tertentu dikalangan penduduk Palestin Tebing Barat dibenarkan memasuki ke perkarangan Al-Aqsa.
Mengenai maklumat had umur dan keadaan semasa di Masjid Al-Aqsa sebelum dan ketika solat, para ahli jawatankuasa Yayasan Al-Aqsa dan krew media Palestin telah bermesyuarat pada awal pagi bagi membuat liputan sepanjang berada di Masjid Al-Aqsa.
Ahli jawatankuasa Yayasan Al-Aqsa berkata, "Memang jelas, jumlah jemaah solat di Masjid Al-aqsa hari ini terlalu besar jumlahnya."
Jelas ahli jawatankuasa itu lagi, sejak awal pagi Masjid Al-Aqsa telah dipenuhi dengan jemaah solat dan kesemua tempat dan penjuru ada dipasang khemah, kanopi dan penutup.
Kawalan ketat rejim zionis
Sumber menyebut, sudah seminggu lebih Pihak Berkuasa rejim zionis mengawal ketat ke atas Masjid Al-Aqsa. Hal terbabit dapat dilihat di sekeliling Masjid Al-Aqsa dan bandar Al-Quds yang dipenuhi dengan pos-pos kawalan tentera malah helikopter-helikopter rejim turut meninjau kerap dari udara. Lebih dari itu, lebih dari 2000 anggota rejim zionis bertebaran di semua kawasan di seluruh bandar Al-Quds dan di sekeliling Masjid Al-Aqsa.
Mengenai had umur yang ditetapkan rejim zionis kepada penduduk Palestin dari Tebing Barat, bagi lelaki 50 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan memasuki Masjid Al-Aqsa dan bandar Al-Quds. Manakala, had umur wanita yang dibenarkan hanya 40 tahun ke atas. Berikutan itu, puluhan ribu lagi penduduk Palestin tidak dibenarkan menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Aqsa. Sumber 03/09/2010, web berita Palestine 1948(Pls48)
Rakaman gambar di Masjid Al-Aqsa semalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan