04 September 2010

Roket gugur di Naqab

GAZA - Menurut radio umum Israel, satu serangan roket buatan tempatan gugur di barat Naqab pagi ini.

Sumber dari radio melaporkan, serangan roket itu dilancarkan pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza. Namun, tidak ada sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Peta, search di yahoo. Negev(english) : Naqab(arab)

Setakat ini sebagaimana yang disebut, tiada lagi kumpulan pejuang Palestin yang mengakui pihaknya melepaskan serangan roket.

Sementara itu, keadaan berjaga-jaga dan berwaspada di semua tanah-tanah Palestin disebabkan ancaman balas rejim zionis setelah pejuang Palestin melancarkan operasi 'banjir api' di Khalil dan Ramallah. Sumber 04/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan