GAZA - Sumber dari radio am Israel melaporkan bahawa kedengaran 3 letupan di kawasan Shair Henegev, barat Naqab sebentar tadi.
Sebagaimana yang telah dijelaskan dari sumber Israel bahawa letupan tersebut adalah disebabkan serangan mortar dan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, tidak ada laporan mengenai kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.
Serangan tersebut sebaik sahaja laporan berita menyatakan 3 penduduk Palestin syahid akibat pengeboman rejim zionis yang mensasarkan sebuah kawasan pertanian petang tadi.
Laporan yang baru diterima pada malam ini mengesahkan bahawa serangan roket dan mortar dilancarkan oleh kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.
Dalam kenyataan media yang disampaikan kepada agensi 'Safa', ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melancarkan 2 serangan roket jenis "Naseer 3" dan mortar "hawn" 100 milimieter(mm) ke arah barat Naqab.
Kumpulan pejuang itu menyatakan bahawa pejuang-pejuangnya melaksanakan misi dengan sempurna dan kembali ke pengkalannya dengan selamat. Sambil itu, ALWIYAH mengesahkan operasi serangan ini adalah balas serangan rejim zionis yang mengakibatkan beberapa masyarakat awam Palestin syahid ketika menjelang dan perayaan Aidilfitri.
Tambah ALWIYAH lagi, "tunggulah lagi wahai musuh yang tidak berakal dengan roket-roket pejuang, kami telah nyatakan kepada penduduk Palestin bahawa kami berpegang dengan jalan jihad sebagai satu-satunya pilihan untuk membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin yang dirampas." Sumber 12/09/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan