12 September 2010

Seorang pemimpin Palestin dilanjutkan tahanan bantah diusir

KHALIL - Seorang pemimpin gerakan tahanan Palestin, Aid Daudeen(gambar), 40 yang ditahan tanpa bicara dan pengadilan sejak tahun 2007 telah dilanjutkan lagi tempoh tahanan selama tiga bulan. Ketetapan tersebut diperakui oleh Perkhidmatan Perisikan Dalam Negeri 'SHABAK'.

Berikutan dari lanjutan tempoh tahanan, setelahmana pemimpin Palestin berkenaan membantah secara keras tawaran diusir ke Gaza sebagai pembebasan dari tahanan.

Sebelum ini, Mahkamah Israel pernah mengemukakan cadangan kepada Daudeen sebagai jalan untuk bebaskan diri tetapi yang sedemikian itu adalah membawa maksud Daudeen diusir dari Tebing Barat, tetapi beliau menolak pelawaan dari tawaran tersebut. Tambahan pula Badan Perisikan Israel menganggapnya antara salah seorang pemimpin HAMAS yang menimbulkan ancaman kepada keamanan warga zionis.

Sumber menyebut, Aid Daudeen ditangkap pada 19/10/2007, dan sehingga sekarang masih ditahan tanpa bicara di penjara rejim zionis yang terletak di pertengahan padang pasir Naqab(Negev). Dengan lanjutan tempoh tahanan ke atas beliau, maka tempoh keseluruhan beliau ditahan melebihi 38 bulan.

Seperti yang dilapor, Daudeen sebelum ditangkap tanpa bicara pernah menjalani hukuman penjara selama 13 tahun dalam penjara rejim zionis.

Rejim zionis geledah rumah Daudeen

Sementara itu, dari agensi berita 'Ajnad' turut melaporkan Markaz Penyeledikan Tahanan dan Hak Asasi Manusia mengecam keras tindakan dari tentera rejim zionis yang menggeledah masuk ke rumah Daudeen di desa Dura.

Penggeledahan tersebut dilakukan tanpa menghormati isteri dan anak-anak Daudeen malah rejim zionis bertindak memeriksa keseluruhan rumah serta memecahkan sebahagian peralatan rumah. Daudeen dikhabarkan rasa risau berikutan cara tindakan biadap rejim zionis yang menggeledah rumahnya.

Fuad Al-Khafash selaku Pengerusi markaz berkenaan berkata, rempuhan itu seiring pemilihan Daudeen selaku ketua umum HAMAS di salah sebuah penjara terbesar rejim zionis di Naqab. Jelas fuad, sebilangan besar jumlah tentera rejim zionis menyerbu masuk ke dalam rumahnya dengan cara kurang ajar malah menimbulkan ketakutan kepada anak-anak dan isterinya. Lebih teruk, rejim zionis merosakkan peralatan rumah dan keluar tanpa memberikan sebab-sebab menyerbu masuk.

Jelas Al-Khafash lagi, Aid Daudeen yang ditahan dalam penjara zionis berumur 43 tahun berasal dari desa Dura, Khalil. Daudeen bekerja sebagai Timbalan Ketua Unit Bantuan dan Kecemasan di bandar Khalil. Daudeen, bapa kepada enam anak dihukum penjara secara berterusan selama 13 tahun dalam penjara zionis tidak pernah diberikan kebebasan walaupun sebulan. Ketika tempoh dalam tahanan, Daudeen tidak pernah meraikan hari raya dengan anggota keluarganya.

Isteri Daudeen, Ummu Hamzah ketika menghubungi Markaz Penyelidikan Tahanan serta Badan-badan Antarabangsa, dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia merayu supaya campur tangan seberapa segera demi menjamin agar suaminya yang ditahan itu dibebaskan.

Ummu Hamzah menyebut dalam tempoh yang sebegitu lama, dia tidak merasai ketenangan ketikamana suaminya yang terus-menerus ditahan tanpa bicara.

Sumber menyebut lagi, Aid Daudeen salah seorang tokoh gerakan tahanan Palestin yang dihormati dan dikagumi kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin. Salah seorang adik-beradiknya turut ditangkap pada 19/12/1992 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur di penjara rejim zionis, Hedrayim. Sumber 12/09/2010, web berita safa.ps dan web berita ajnad-news.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan