
ABU DHABI - Wakil Arab di Washington semalam menjelaskan bahawa Emiriah Arab Bersatu telah menyumbang sebanyak USD42(AED 155 juta) kepada Pemerintah Palestin di Ramallah.
Sumbangan tersebut sebagai sokongan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Pihak Berkuasa Palestin yang berhadapan dengan kegawatan kewangan masa ini.

Ghassan Al-Khatib, jurucakap rasmi Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat mengesahkan laporan yang diterbitkan 'Dar Khalij' mengenai sumbangan tersebut tetapi beliau enggan memberikan penjelasan terperinci.
Jurucakap rasmi Pihak Berkuasa Palestin berkata lagi, jumlah bantuan tersebut hanyalah bertujuan untuk menyokong belanjawan Kerajaan Palestin.
Amerika utuskan surat kepada Arab supaya beri bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin Ramallah
Dalam laporan lain menyebut, Menteri Luar Amerika Syarikat(US), Hillary Clinton mengutuskan surat kepada rakan sejawatnya dari Negara Arab yang menggesa memberi bantuan kepada Pemerintah Palestin.
Surat tersebut menyebut perlunya menyokong belanjawan Pemerintah Palestin di Tebing Barat untuk menyelamatkannya dari keruntuhan ekonomi.
Agensi 'Safa' yang memetik dari web berita Al-Jazeerah dari sumber yang dipercayai, katanya, gesaan Amerika itu dikeluarkan pada 4 September lalu atas permintaan dari Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) yang membincangkan hal tersebut dengan Hillary Clinton ketika pelancaran rundingan damai secara langsung di Washington pada 2 September 2010.
Abbas ketika berbincang dengan Hillary berkata, kedudukan kewangan Pemerintah Palestin Tebing Barat teramat meruncing ekoran sebahagian dari Negara-negara yang membantu Pemerintah Palestin dari sudut kewangan terus menyusut.
Sumber berkenaan menjelaskan bahawa Abbas turut mengingatkan dari keruntuhan ekonomi Pemerintah Palestin sekiranya Negara-negara Arab dan US tidak memberikan sumbangan kewangan kepada Kerajaan Palestin di Ramallah.
Sehingga kini, US dan Emiriah Arab Bersatu menunaikan permintaan untuk sokongan bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin dalam minggu ini.
Jelas dari sumber yang sama bahawa surat dari US diberikan kepada dua blok Negara, iaitu Negara Arab yang bersikap sederhana dan Kesatuan Eropah(EU).
Sumber yang sama juga mengesahkan Washington memberikan janji kepada Abbas dengan mengukuhkan lagi sokongan sekiranya Palestin meneruskan rundingan damai dengan Israel. Malah, turut berjanji agar Negara-negara Arab yang terikat(janji) meningkatkan lagi sumbangan kewangan dan bantuan kepada Pemerintah dan Kerajaan Palestin di Ramallah. Sumber 11-12/09/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan