11 September 2010

Rejim zionis rempuh Al-Aqsa turunkan bendera Palestin

AL-QUDS, - Sumber melaporkan malam ini, sepasukan polis rejim zionis merempuh masuk ke sebahagian tempat solat di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis(Al-Quds).

Menurut sumber media tempat yang menjelaskan rempuhan yang turut disertai pegawai polis rejim zionis hanya bertujuan menurunkan bendera Palestin yang diletakkan atas bahagian tempat solat.

Saksi yang berada di kawasan terbabit berkata, ketika rempuhan rejim zionis, helikopter Israel juga dilihat berlegar-legar di ruang udara bandar Al-Quds yang menumpukan di kawasan Kota Lama dan Masjid Al-Aqsa.

Agensi berita 'Safa' turut menyebut pada pertengahan malam ini, rejim zionis membuka semula kawalan ketat yang telah dikenakan ke atas keseluruhan Tebing Barat. Beberapa hari yang lalu, keseluruhan Tebing Barat dikawal ketat(penutupan) sempena perayaan Yahudi.

Tangkap 3 pemuda Palestin

Sementara itu, dalam laporan berita yang berasingan, agensi 'Safa' melaporkan tentera rejim zionis telah menangkap 3 pemuda Palestin dalam dua kejadian berasingan, di Wilayah Khalil dan Bet Lehem, Tebing Barat.

Dalam penangkapan pertama, rejim zionis menangkap seorang pemuda Palestin dari sebuah desa yang terletak di selatan Bet Lehem dengan dakwaan sebilah pisau berukuran 18 sentimeter(cm) ditemui dalam koceknya.

Dua lagi pemuda yang ditangkap adalah dari bandar Khalil ketikamana tentera penjajah melancarkan operasi serbuan di perumahan-perumahan bandar Khalil. Kedua-dua pemuda Palestin yang ditangkap itu dibawa ke Bahagian Perkhidmatan Dalam Negeri(SHABAK) untuk siasatan. Laporan menyebut, pemuda-pemuda yang ditangkap ini atas dakwaan 'dikehendaki'. Sumber 11/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan