11 September 2010

Wahai Arab! pergilah mampus ke neraka - pelampau Yahudi

KHALIL - Sejumlah puluhan warga Yahudi yang menetap dalam perumahan Yahudi di bandar Khalil, selatan Tebing Barat menimbulkan suasana hiruk-pikuk ke atas penduduk Palestin di Kota Lama hari ini. Kekacauan yang mereka lakukan itu dilindungi tentera-tentera rejim zionis yang bertebaran di beberapa pos kawalan tentera dan pagar kawalan(duri kawat) di setiap pelusuk Kota Lama.

Menurut saksi, pelampau-pelampau Yahudi yang bergerak dalam sebuah kumpulan berarak di jalanan sambil menimbulkan bising. Seperti dijelaskan, tindakan tersebut sengaja untuk mengganggu penduduk Palestin. Sebahagian dari pelampau Yahudi melemparkan kata-kata kebencian kepada Arab dan meminta supaya Arab dihalau dari tanah itu(Palestin).

Lebih dari itu, sebahagian dari pelampau Yahudi bersorak dengan perumpamaan, "kami tak mahu Arab ada di sini", "wahai Arab! pergilah mampus ke neraka", dan "berambuslah kamu ke Jordan, itu Negara kamu."

Sebilangan dari pelampau Yahudi turut cuba mengambil kesempatan ketika suasana menyambut awal tahun ibrani dengan mengganggu para peniaga Arab Palestin di Kota Lama Khalil serta meminta kedai-kedai dan warung niaga mereka(Arab) ditutup. Sumber 11/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan