NABLUS - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية) berkata, Pihak Keselamatan Palestin di Nablus telah menangkap anak kepada seorang ahli parlimen Palestin dari kumpulan 'Taghyir Wal-Islah'(HAMAS), Sheikh Hamid Al-Bitawi. Dinyatakan operasi penangkapan itu sebaik sahaja Pihak Keselamatan Palestin menyerbu masuk ke dalam rumahnya pagi tadi.
HAMAS dalam kenyataan media menyebut bahawa sebelum ini, Fadh Al-Bitawi adalah bekas tahanan yang meringkuk selama beberapa tahun dalam penjara rejim zionis dan pernah ditangkap beberapa kali oleh Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat.
HAMAS berkata lagi, Pihak Keselamatan Palestin juga menangkap seorang lagi anggotanya, Mujahid Hamami yang merupakan tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini. Beliau ditangkap dalam satu serbuan ke rumahnya di perumahan Ad-Dhahiyah di Nablus. Sebelum ini, mangsa(Hamami) yang diculik telah berhadapan siksaan yang sangat teruk ketika dalam tahanan.
Kes yang berhubung kait, HAMAS menuduh Pihak Keselamatan Palestin menangkap semula beberapa orang anggotanya dari kalangan pemimpin dan penyokong yang telah dibebaskan sebelum menyambut perayaan Aidilfitri. Sumber 12/09/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan