12 September 2010

Laluan dibuka hanya untuk bahan bakar

GAZA - Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kemasukan Barang di Semenanjuung Gaza, Ir. Raed Futuh, berkata, pihak rejim zionis telah memutuskan pembukaan laluan perlintasan Karem Abu Salem(Kerem Shaloum Terminal) yang terletak di tenggara bandar Rafah hari ini.

Sumber peta, google map. Bulatan dan garisan berwarna oren adalah terminal pengumpulan barang-barang sebelum dibawa masuk ke Gaza melalui garisan oren. Terminal ini di bawah kekuasaan rejim zionis.

Sumber menyatakan, pembukaan laluan tersebut untuk memasukkan bekalan solar yang diperlukan bagi mengalirkan kuasa di stesen penjanaan elektrik.

Futuh berkata lagi, keputusan rejim zionis itu hanya membataskan kepada kemasukan solar sahaja dan tidak dibenarkan sebarang kemasukan trak pengangkut bekalan makanan atau bantuan kemanusiaan.

Sumber gambar, flickr.com.

Sebelum ini, rejim zionis telah menetapkan kesemua laluan perlintasan mahupun sempadan yang menghubungkan Gaza dengan tanah Palestin, jajahan 1948(Israel) ditutup mulai pagi khamis.

Ketetapan tersebut dibuat ekoran perayaan Yahudi yang seiring dengan perayaan umat Islam menyambut Aidilfitri. Seperti yang dijadualkan, laluan perlintasan akan dibuka semula pada hari esok. Sumber 12/09/2010, web berita maannews.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan