
AL-QUDS, - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) menggesa rejim zionis mengeluarkan ketetapan rasmi Kerajaan bagi melanjutkan tempoh pembekuan kerja pembinaan di penempatan-penempatan haram selepas waktu yang ditetapkan berakhir lapan hari lagi.
Gambar(arkib safa): Kerja pembinaan di salah sebuah penempatan haram Israel.
Wakil PBB di Timur Tengah, Robert Sierre mengesahkan dalam kenyatannya di New York hari ini mengenai pendirian PBB yang mengungkapkan penempatan-penempatan haram Israel melanggar undang-undang.
Beliau turut menggesa Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel dan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang telah tamat tempoh menurut HAMAS supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang mencetuskan provokasi berhubung isu penempatan haram Israel berikutan dikhuatiri menggagalkan sebarang anjakan dari usaha damai.
Tambah wakil PBB itu lagi, wakil-wakil Kuartet Antarabangsa akan membincangkan kesan-kesan dari perundingan Israel-Palestin di New York dalam masa empat hari lagi.
Beliau menjelaskan, Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB akan mengetuai perbincangan dalam pertemuan tersebut. Sumber 18/09/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan