KHALIL - Tentera rejim zionis yang menjalankan operasi serbuan pagi tadi di bandar Khalil telah menangkap empat pemuda Palestin.
Sumber tempatan yang menyampaikan kepada agensi 'Safa' berkata, "tentera penjajah(rejim zionis) telah menyerbu masuk ke perumahan 'Aisha dan menangkap Anuar, 28, serta Ali Dofs, 28 yang digeledah rumahnya di perumahan Al-Jaldah."

Gambar(arkib safa): Tentera rejim zionis ketika operasi serbuan di Tebing Barat.
Laporan tersebut menyatakan, kedua-dua pemuda yang ditangkap itu adalah anggota HAMAS dan bekas tahanan penjajah yang meringkuk selama beberapa tahun dalam penjara penjajah.
Sementara itu, dalam siri serbuan di kawasan perumahan yang lain, tentera rejim zionis telah menangkap dua lagi penduduk Palestin, Anas Abdul Ghani Said dan Majdi Muhammad Al-Asla.
Sementara itu, laporan dari agensi 'Safa' juga menyebut berpuluh-puluh tentera rejim zionis dikerahkan di jalan Torusah-Dura di barat bandar Dura, Khalil. Keadaan di jalan tersebut berubah menjadi seperti berek tentera.
Gambar(safa): Tentera rejim zionis yang mendirikan pos kawalan di sebatang jalan.
Menurut saksi di kawasan berkenaan yang menyampaikan kepada agensi 'Safa' bahawa tentera-tentera rejim zionis tiba secara mengejut di kawasan itu dengan menaiki 6 buah jip tentera dan bertebaran di sebuah jalan yang berhampiran kem tentera lama yang telah dikosongkan beberapa tahun yang lalu.
Saksi menyatakan lagi, kewujudan tentera rejim zionis yang begitu ramai di kedua belah jalan itu turut dikawal pegawai tentera dan perisikan zionis. Selain itu, pos kawalan tentera turut diadakan. Beberapa buah kenderaan Palestin yang melalui jalan itu diperiksa dalam keadaan tangan mereka diikat dan ditahan dalam beberapa tempoh masa.
Penduduk Palestin turut bimbang jika tentera zionis kembali menguasai kawasan berkenaan dan mendirikan semula berek tentera yang telah ditinggalkan beberapa tahun yang lalu. Sumber 04/09/2010, web berita safa.ps
Berpuluh tentera rejim dikerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan