04 September 2010

Terkini: 650 anggota HAMAS telah ditangkap

RAMALLAH - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) berkata, jumlah anggotanya yang terkini ditangkap Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat telah melebihi bilangan 650 anggota HAMAS dalam masa empat hari, termasuk pada hari berlangsungnya rundingan damai dan operasi banjir api.

Keterangan HAMAS yang disampaikan kepada agensi 'Safa' hari ini menyebut, "Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat masih meneruskan buruannya ke atas para pemimpin dan anggota-anggota kami di semua Wilayah di Tebing Barat," tambah kenyataan itu lagi, "hari ini mereka menangkap 52 anggota kami."

Sumber dari berita al-Jazeerah turut menyiarkan hal yang sama pagi ini.

Agensi berita Safa menyebut secara terperinci 52 nama anggota HAMAS yang ditangkap. Namun pihak MAP hanya menukilkan bahawa Pihak Keselamatan Palestin menangkap anggota-anggota HAMAS di Wilayah Jenin, Qalqiliah, Nablus, Tulkarm, Sulfit, Ramallah, Khalil dan Bet Lehem.

Jumlah anggota HAMAS yang paling ramai ditangkap adalah dari Wilayah Nablus seramai 11 orang, Sulfit seramai 13 orang dan Ramallah seramai 9 orang. Selain itu, anggota-anggota HAMAS yang telah ditahan sebelum, juga ada yang telah ditangkap semula. Sumber 04/09/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan