01 Februari 2010

Penjajah tangkap 6 Palestin di Tebing Barat, ceroboh Gaza

Pada jam 1 pagi tadi(waktu Jordan), pihak penjajah Israel menceroboh Tebing Barat dan menangkap 6 penduduk Palestin.

Memetik sebuah web berita Israel 'Yediot Ahronot' sumber dari pihak ketenteraan Israel bahawa sepasukan tentera penjajah telah menangkap 6 penduduk Palestin atas dakwaan "mereka dikehendaki". Dinyatakan, penduduk Palestin yang ditangkap itu adalah Ramallah dan Nablus.

Sumber tentera tidak menyatakan penduduk Palestin yang ditangkap menganggotai mana-mana Kumpulan Pembebasan Palestin. Kesemua yang ditangkap telah dibawa ke bahagian ketenteraan tertentu untuk siasatan.

Dinyatakan, pihak penjajah menjalankan operasi ketenteraan di Tebing Barat hampir sehari(semalam) dengan menceroboh kawasan yang diduduki Palestin. Pihak penjajah mendakwa operasi tersebut adalah bertujuan menjejaki para aktivis Palestin atas dakwaan "dikehendaki".

Sementara itu, pihak penjajah juga menceroboh timur Mukhayyam Buraij yang terletak di pertengahan Semenanjung Gaza.

Sumber Palestin menyatakan, sebanyak lima buah jentera perang Israel mengiringi 3 buah buldozer menceroboh sejauh 200 meter di timur Mukhayyam tersebut, malah tentera penjajah turut melepaskan tembakan secara rambang dan meratakan tanah pertanian di kawasan terbabit. Sumber 01/02/2010, web berita ad-Doustour

Israel tangkap seorang penduduk Palestin di Gaza

Siaran radio Israel menyiarkan bahawa tentera Israel menembak seorang pemuda Palestin yang cuba merapati pagar keselamatan di pertengahan Semenanjung Gaza.

Radio Israel mendakwa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah pemuda tersebut yang tidak mengendahkan satu tembakan sebagai peringatan supaya menjauhi pagar itu.

Pemuda Palesitn yang parah akibat tembakan telah ditangkap dan dibawa ke sebuah hospital Israel untuk rawatan. Menurut sumber, pemuda tersebut akan diserahkan kepada Perkhidmatan Keselamatan Umum(SHABAK: Shabak juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Agensi Keselamatan Israel (ISA), atau GSS (Perkhidmatan Keselamatan Umum)) untuk siasatan lanjut. Sumber 01/02/2010, web berita Safa.ps

Penempatan Yahudi "salah"

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi(gambar) menyatakan kepada sebuah akhbar Israel bahawa dasar penempatan yang dibangunkan Israel adalah 'salah'.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemuramah sebuah akhbar Israel, 'Haaretz' menjelang lawatan rasminya ke Israel.

"Dasar penempatan yang dijalankan oleh Israel di tanah jajahannya sejak 1967 boleh menjadi penghalang kepada usaha perdamaian", ujar Berlusconi.

Dijadualkan, lawatan rasmi Berlusconi yang diiringi lapan menteri Itali akan tiba hari ini di Israel.

Sumber menjelaskan, lawatan rasmi itu selama 3 hari. Selain itu, Berlusconi juga akan memberikan ucapannya di Parlimen Knesset(Knesset (bahasa Ibrani: כנסת, bahasa Arab: الكنيست‎, harfiah Himpunan,) merupakan parlimenIsrael dan terletak di Baitulmaqdis). Sumber 01/02/2010, suratkhabar Shourouk