28 Julai 2010

Waspada dengan perancangan bunuh Syeikh Raed Salah dalam penjara Israel

Syeikh Kamal Khatib, Timbalan Ketua Gerakan Islam dalam jajahan 1948 menyebut tentang peringatan dan waspada mengenai perancangan bunuh oleh zionis ke atas Syeikh Raed Salah yang menjalani hukuman penjara selama 5 bulan di dalam penjara 'أيالون' Israel.

Beliau menyatakan sedemikian dalam kenyataan akhbar, bahawa wujudnya bahaya kepada Syeikh Raed Salah berikutan bahagian penjara yang didudukinya juga ada penjenayah-penjenayah Yahudi.

Jelas beliau lagi, Syeikh Raed Salah telah menerima percubaan bunuh namun gagal iaitu ketikamana Syeikh Raed berada di atas kapal Mavi Marmara dalam serangan berdarah pada akhir bulan Mei. Kebimbangan dengan situasi percubaan bunuh mungkin akan berulang ketika Syeikh Raed berada dalam penjara yang turut ada penjenayah Yahudi dan gesaan dari wakil 'SHABAK' zionis.

Syeikh Kamal Khatib menyebut bahawa Ketua Gerakan Islam jajahan 1948(Syeikh Raed Salah) telah membantah penggantian hukuman khidmat masyarakat dalam Yayasan-yayasan Pertubuhan zionis dengan memilih penjara selama 5 bulan berikutan mahkamah Israel telah memutuskan keputusan yang zalim ke atas Syeikh Raed Salah setelah beliau ditangkap dalam kes di pintu Al-Magharibah(salah sebuah pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa). Sebagaimana dijelaskan, pada waktu kejadian, beliau mempertahankan diri dari pukulan polis zionis. Sumber 28/07/2010, web rasmi Pejabat Penerangan, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS)

Israel persiapkan misi, ALWIYAH tembak seorang tentera Israel

GAZA - Kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN merupakan sayap tentera kepada Lijan Muqawamah Sha'biah mengumumkan pada tengahari tadi bahawa pejuangnya telah menembak tepat seorang tentera Israel di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Dalam keterangan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'safa', ALWIYAH berkata, salah sebuah dari unit pejuangnya telah berjaya menembak tepat seorang tentera Israel yang berada di atas sebuah jentera perang ketika menceroboh di kawasan Bu'rah Abu Samrah, utara Beit Lahiya.

Tambah ALWIYAH lagi, tembakan tersebut tepat ke atas sasaran yang pasti mendapat luka parah.

Dalam keterangan rasmi itu, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengakui bahawa operasi yang dilakukannya adalah balasan ke atas penentangan Israel bukan sahaja di Gaza malah pencerobohan ke atas setiap pelusuk tanah Palestin yang dijajah. Kumpulan pejuang ini menegaskan bahawa satu-satunya untuk membebaskan tanah-tanah Palestin secara keseluruhan adalah dengan jalan jihad dan penentangan.

Sementara itu, sumber keselamatan Palestin menjelaskan bahawa jentolak-jentolak dan jentera perang Israel berkumpul di atas garisan sempadan Beit Lahiya, di samping melepaskan tembakan.

Sumber yang sama memaklumkan kepada agensi 'safa' bahawa memang ada pencerobohan Israel di kawasan berkenaan, namun tidak ada sebarang luka parah di kalangan penduduk. Sumber 28/07/2010, web berita safa.ps

Mesir bantah ahli parlimen Iran masuk ke Gaza

TEHRAN - Kaherah telah membantah dari memberikan visa kepada empat ahli parlimen(MP) Iran yang berniat memasuki ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir, menurut web berita 'Press TV' Iran versi inggeris.

Memetik sumber agensi berita Perancis dari salah seorang ahli parlimen Iran yang terbabit, Mahmoud Ahmadi-Beighash berkata, 'Kerajaan Mesir telah menggantungkan pemberian visa masuk ke Gaza, dan sehingga kini pihak kami tidak menerima sebarang visa mahupun kebenaran.'

Gambar, rujuk wikipedia: Kapal perang Amerika Syarikat(US) yang sedang berlayar melalui Terusan Suez.

Sebagaimana yang dijadualkan, Mahmoud Ahmadi-Beighash beserta tiga lagi ahli parlimen Iran akan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah Mesir pada hari selasa, 3 Ogos.

Agensi berita 'Mehr' Iran menyebut dalam laporannya pada 21 JUlai bahawa empat ahli parlimen Iran berniat untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir dan ia merupakan satu-satunya sempadan dengan Gaza yang tidak berada di bawah kawalan Israel.

Gambar, rujuk wikipedia: (Egypt - Suez Canal Transit) View from the El Ballah by-pass canal to the other three ships in our conoy coming under the Suez Canal Bridge.

Pada awal Jun yang lalu, Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran mengumumkan pihaknya berniat untuk menghantar dua buah kapal bantuan pemecah sekatan ke Gaza yang dikepung Israel tetapi usaha tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Kaherah tidak membenarkan kapal Iran menyeberangi Terusan Suez, menurut Pertubuhan Bulan Sabit Merah.

Sementara itu, sebuah delegasi perubatan Indonesia telah memasuki Semenanjung Gaza semalam melalui sempadan Rafah Mesir. Sumber 28/07/2010, web berita safa.ps

Rujukan lain:


Pautan lain:

Dua pejuang luka parah

Menurut sumber yang melaporkan pada jam 12.46 pagi, Palestin/Mesir bahawa dua pejuang Palestin yang belum dinyatakan dari mana-mana kumpulan telah mengalami luka parah dalam satu misi jihad. Kejadian tersebut berlaku di pertengahan Semenanjung Gaza. Sumber web berita safa.ps