
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(IAEA), Yukiya Amano(gambar) telah mengadakan lawatan ke Israel hari ini. Lawatan yang pertama kali sejak beliau menjawat Ketua Pengarah IAEA diungkapkan oleh media Israel adanya perubahan yang baik IAEA terhadap Tel-Aviv. Tidak sebagaimana ketika Muhammad El-Baradei memegang jawatan Presiden IAEA yang hanya melawat Israel sebanyak dua kali sepanjang 12 tahun.
Radio tentera Israel melaporkan, Ketua Pengarah IAEA akan bertemu dengan beberapa wakil berjawat tinggi dalam Jawatankuasa Tenaga Nuklear Israel berserta dua orang Menteri, Moshe Ya'alon dan Dan Meridor. Selain itu, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Israel, Simon Peres pada hari rabu di Al-Quds, menurut pejabat Presiden Israel.
Menurut radio tentera Israel lagi, perbincangan dalam pertemuan tersebut berkisar beberapa permasalahan, antaranya projek pembangunan Nuklear Iran.
Sumber dari akhbar 'Haaretz' Israel hari ini menyebut pada asalnya Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IAEA, tetapi pertemuan antara kedua belah pihak telah dibatalkan kerana Netanyahu keluar bercuti di kawasan Wilayah utara.
Haaretz menambah bahawa kedua-dua Menteri Israel yang lain, Avigdor Lieberman, Menteri Luar dan Ehud Barak, Menteri Perang juga tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden IAEA.
Sumber dari pejabat Perdana Menteri menjelaskan, Perdana Menteri Israel telah bersetuju dengan Yukiya Amano bahawa Netanyahu akan menghubunginya menerusi telefon pada minggu hadapan.

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear
Gambar: Logo IAEA
Media Israel mencatatkan bahawa kunjungan Yukiya Amano ke Israel menjelang Persidangan Umum Agensi Tenaga Atom yang akan diadakan pada bulan akan datang. Sebagaimana turut disebut, dalam persidangan itu Negara-negara Arab akan mencadangkan beberapa usul ketetapan berhubung program nuklear Israel serta permasalahan bantahan Israel dari menyertai ke dalam Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear. Malah, Amerika dan Negara-negara lain didesak supaya tidak menghalang penyertaan Israel ke dalam perjanjian ini.
Para pakar nuklear berkeyakinan secara meluas bahawa Israel satu-satunya Negara yang memiliki peledak nuklear di Timur Tengah.

Israel dan Iran
Berhubung isu nuklear, Israel dan Negarat barat menuduh Iran mengembangkan program nuklear bertujuan untuk menghasilkan bom atom, sekaligus dinafikan oleh Iran yang menyatakan program nuklearnya adalah dikhususkan untuk kegunaan yang selamat.
_______________
Gambar: The reactor building of Bushehr nuclear power plant, just outside the southern city of Bushehr, Iran, Saturday, Aug. 21, 2010. Iranian and Russian engineers began loading fuel Saturday into Iran's first nuclear power plant, which Moscow has promised to safeguard to prevent material at the site from being used in any potential weapons production. (AP Photo/Vahid Salemi)
________________________________________________
Sebelum ini, Netanyahu telah bertemu dengan Amano pada Januari lalu di Dofus. Ketika pertemuan itu, Netanyahu menyampaikan kepada Amano bahawa Israel menilai senjata nuklear yang berada di tangan pemimpin Iran mengundang bahaya, bukan sahaja kepada Israel malah seluruh dunia.
Lawatan Amano ke Israel adalah dua hari selepas stesen janakuasa nuklear Bushehr Iran beroperasi. Berikutan itu, Israel mengungkapkan perkara ini tidak dapat diterima setelahmana stesen nuklear Iran dibekalkan dengan tenaga nuklear Rusia. Sumber 24/8/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah
Pautan lain:
1. International Atomic Energy Agency(IAEA), wikipedia
2. IAEA, rasmi
3. Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, wikipedia
4. Yukiya Amano, wikipedia


