02 April 2011

Api yang dinyalakan akan bakar diri sendiri - Abu Ubaidah

Serangan yang dilancarkan pesawat pengintip zionis awal pagi ini telah mengakibatkan tiga pejuang AL-QASSAM syahid. Beberapa jam sebelum itu, radio tentera Israel telah menghebahkan dakyah bahawa gerakan HAMAS telah mempersiapkan dirinya untuk menggugurkan pesawat tempur zionis yang berterbangan rendah di ruang udara Gaza pada masa akan datang.
_______________________________________________
Baca lagi:

1. 3 pejuang AL-QASSAM syahid dibom pesawat pengintip
2. AL-MUQAWAMAH kecam pembunuhan ke atas AL-QASSAM
3. [Gambar] Serangan bunuh ke atas AL-QASSAM

_______________________________________________

Menurut pegawai tertinggi dalam tentera zionis, HAMAS memiliki roket anti-pesawat yang boleh dilancarkan dari atas bahu malah keupayaan roket itu dapat menjatuhkan pesawat yang berterbangan rendah di Gaza.

Tambah pegawai itu, tentera udara Israel tahu cara untuk menghadapi kemampuan jenis bahaya yang dimiliki kumpulan-kumpulan di Gaza.

Mengulas awal jenayah pengecut zionis, Abu Ubaidah(gambar) berkata dalam kenyataan khas kepada web rasmi penerangan AL-QASSAM, serangan itu adalah jenayah bunuh yang terancang, zionis akan membayarnya dengan harga yang tinggi.

Berhubung dakwaan zionis mangsa serangan yang syahid merancang menculik warga Israel di Sinai(tanah Mesir), seraya dibantah Abu Ubaidah, lalu dijawab, "penjajah sengaja mencari helah untuk melakukan jenayahnya, tetapi kami takkan terseret membalas dakyah zionis itu."

Jurucakap tentera HAMAS turut menyatakan apabila ditanya berhubung, sekiranya kesan dari operasi bunuh itu mendorong satu gelombang baru di Gaza meningkatkan serangan, beliau hanya menjawab, "jika musuh mahu sangat main dengan api yang dinyalakannya sendiri, maka api itu akan membakarnya." Sumber 02/04/2011, web berita Al-Jazeerah.net, web rasmi penerangan AL-QASSAM dan web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan