19 Ogos 2011

2 mangsa serangan pesawat zionis kritikal

Laporan jam 05:50 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 04:50 petang, waktu Mesir

GAZA - Dua penduduk mengalami kecederaan yang kritikal sebaik sahaja sekumpulan dari penduduk menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis di timur laut bandar Gaza.

Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, pesawat tempur zionis menyasarkan serangan ke atas sekumpulan penduduk berhampiran kilang simen Husnain di sebelah timur laut bandar Gaza, lantas mengakibatkan 2 penduduk cedera, salah seorang darinya kritikal.

Sebagaimana dijelaskan, salah seorang mangsa adalah kanak-kanak berusia 12 tahun. Menurut saksi kejadian, jumlah mangsa serangan mungkin meningkat. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan