19 Ogos 2011

15 syahid, lebih 45 cedera jadi mangsa serangan zionis yang berterusan

Laporan jam 08:48 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 07:48 malam, waktu Mesir
(Kemaskini jam 11:30 malam, waktu Mesir)

GAZA - Bilangan penduduk Gaza yang syahid dalam serangan berterusan zionis meningkat ke angka 15 sejak dari hari Khamis setelahmana 7 syahid pada hari Jumaat. Manakala, sehingga kini bilangan penduduk yang cedera melebihi 40 orang dan kesemuanya telah dirawat di hospital.

Serangan terkini zionis mengakibatkan seorang doktor yang bekerja di hospital As-Shifa'(Gambar: Doktor Munzir Qureiqa') di bandar Gaza telah syahid ekoran menjadi mangsa serangan pesawat zionis menjelang pertengahan malam ini di jalan Al-Maghrabi, pertengahan bandar Gaza. Turut syahid bersama beliau adalah saudaranya, salah seorang dari komander kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera JIHAD ISLAMI, Mu'taz Qureiqa' dan anak kepada doktor Munzi, Islam berusia 5 tahun. Jelas lagi, jasad tiba ke hospital dalam keadaan rentung.

Menurut pemberita Safa, pengeboman zionis menyasarkan sebuah motosikal yang melewati di jalan Al-Maghrabi, lalu mengakibatkan motosikal tersebut musnah sama sekali dan jasad yang syahid bergelimpangan di jalan.

4 lagi syahid

Serangan zionis malam ini di Gaza, sebuah motosikal yang dinaiki dua penduduk turut menjadi sasaran serangan dari pesawat zionis. Sedemikian itu, mengakibatkan dua pejuang syahid. Salah seorang darinya dari pejuang SARAYA AL-QUDS, Imad Abu 'Abidah, 21 dan Anuar Aslim, 21 dari pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.

Pada waktu asar petang Jumaat, serangan udara zionis menyasarkan sekumpulan pejuang di timur Hayyu Zaitun sebelah tenggara bandar Gaza, lantas mengakibatkan dua pejuang, Muhammad Inayah, 25 syahid. Sementara, seorang lagi pejuang, Somid Abdul Mu'ti 'Abid, 28 juga syahid setelahmana motosikal yang dinaikinya menjadi sasaran zionis menjelang waktu berbuka puasa di utara Gaza.

Dalam kenyataan tentera, kumpulan bersenjata ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan bahawa as-syahid 'Abid adalah anggotanya yang merupakan komander unit pertahanan di utara Gaza, dan as-syahid Inayah adalah seorang anggota dari unit pertahanan di bandar Gaza.

Sasaran serangan zionis malam ini

Rejim zionis melancarkan lagi serangan-serangan ke atas tempat yang berlainan di Gaza malam ini. Sekumpulan penduduk yang berhampiran Jabal Sarah di sebelah timur Shujaieyah menjadi sasaran serangan, dan sebuah kumpulan lagi yang menjadi mangsa serangan zionis berada berhampiran sekolah Tunis di Hayyu Zaitun. Tambahan lagi, sebuah kumpulan pejuang yang berada di kawasan Az-Zinah di sebelah timur Khan Yunis turut menjadi sasarangan zionis.

Pesawat rejim zionis mengebom lagi sebuah pusat servis dan pelincir milik Khalil Abu Dzarifah di daerah Abbasan bari di wilayah Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Jelas lagi, tiada laporan mengenai kecederaan.

Serangan zionis menyasarkan pula sebuah gudang simpanan milik Perbandaran Khuza'ah, timur Khan Yunis sehingga hancur musnah, sementara satu satu serangan roket gugur di sebelah rumah keluar An-Najjar mengakibatkan sebahagian dari binaan rumah terjejas. Manakala, serangan zionis ke atas sebuah rumah tanpa penghuni di kawasan As-Shaukah, timur bandar Rafah mengakibatkan seorang penduduk cedera ringan. Mangsa telah dibawa ke hospital An-Najjar untuk rawatan. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan