10 Disember 2011

ALWIYAH lancar 4 roket ke tanah jajahan

Laporan jam 09:08 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 09:08 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sayap tentera LIJAN MUQAWAH(Popular Resistance Committees), iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(Al-Naser Salah Ad-Din Brigades) mengumumkan pagi ini, pejuangnya melancarkan empat serangan roket ke atas bandar Ashkelon dan penempatan Mivtahim.

Gambar: Logo LIJAN MUQAWAMAH

Keterangan rasmi ALWIYAH yang disampaikan kepada agensi berita SAFA berkata, sekumpulan pejuang dari unit pengebom berjaya melepaskan dua serangan roket ke penempatan Mivtahim.

Jelas lagi, pejuang-pejuang ALWIYAH dapat menjalankan misinya serta merakam sewaktu melepaskan serangan roket meskipun pesawat-pesawat tempur zionis sedang berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Tidak lama selepas itu, ALWIYAH melancarkan pula dua serangan roket ke bandar Ashkelon, selatan tanah jajahan 1948.

ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN menyatakan pengeboman ini bagi membalas jenayah keji zionis yang menumpahkan darah penduduk Palestin di Gaza malahan tindak balas ini sebagai mesej peringatan kepada musuh.

YNET lapor roket gugur

Berhubung serangan roket, web berita Israel 'YEDIOTH AHTONOTH'(YNET) versi hebrew melaporkan dua serangan roket gugur pagi ini dalam kawasan Majlis Penempatan Eshkol yang terletaknya daerah Mivtahim. Bagaimanapun, dua serangan roket tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan.
_____________________________________________
Baca lagi:

2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera

_____________________________________________

Sejak hari pertama serangan udara zionis yang membunuh dua pejuang pada tengahari Khamis lepas, Semenanjung Gaza menyaksikan tentangan sengit apabila pejuang Palestin bertindak menyerang balas. Rejim zionis menyerang ketikamana suasana tenang tanpa ada sebarang roket yang dilancarkan ke selatan tanah jajahan 1948. Sumber 10/12/2011, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan