08 Disember 2011

Hubungi semua pihak supaya tetap bertenang - Duta Mesir

Laporan jam 11:12 malam, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 10:12 malam, waktu Mesir
Jam 04:12 pagi(09/12/2011), waktu Malaysia

BETHLEHEM - Duta Mesir ke Pemerintah Palestin Ramallah, Yaseer Osman(gambar) mendedahkan pada hari ini berhubung usaha Mesir yang digerakkan demi mengembalikan keadaan tenang di Semenanjung Gaza.

Kata beliau ketika dihubungi wartawan MAAN, Mesir telah berusaha bagi menghentikan perlanggaran gencatan dan serangan-serangan Israel(rejim zionis) serta mengembalikan kepada keadaan tenang setelahmana Israel melanggar gencatan hari ini dengan membunuh Usam Al-Battash dan Sobhi Al-Battash.
______________________________________________
Baca lagi:

2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera

______________________________________________

Jelas beliau, Mesir kerap menghubungi semua pihak agar keadaan tidak bertambah runcing malah untuk melindungi penduduk Palestin dan mempertahankan hak-haknya.

Berhubung usaha, Duta Mesir ini menunjukkan bahawa sehingga sekarang masih belum ada kata sepakat bagi menetapkan tempoh dan waktu gencatan, sambil menegaskan yang penting adalah tidak melanggar gencatan dan bukannya menentukan tempoh masa.

Beliau menyatakan, pihaknya masih menghubungi bagi meredakan suasana dan meminta semua pihak memberi kerjasama, khususnya dari pihak Israel.

Duta Mesir ke Palestin bertegas bahawa Mesir mengecam keras dan membantah sepenuhnya perlanggaran dan tindakan Israel ke atas Semenanjung Gaza. Sumber 08/12/2011, web berita Maannews.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan