23 Mac 2011

5 mortar hawn hinggap selatan Askalan

Laporan asal jam 06.13 malam, Palestin/Mesir
Jam 12.13 pagi(24/03/2011), waktu Malaysia

AN-NASIRAH, - 5 serangan peluru mortar 'hawn' gugur petang tadi di sebuah kawasan terbuka di Majlis Daerah "Houf Ashqelon", selatan tanah jajahan 1948.

Berhubung kejadian, siasaran 10 televisyen Israel menyebut, letupan peluru mortar yang dilancarkan dari Gaza itu tidak menyebabkan sebarang luka parah dan kerosakan harta benda.

Peta: rujuk google map

Beberapa jam sebelum itu, pemberita siaran 10 membuat liputan secara langsung di kawasan selatan Askalan. Keadaan ketika itu tenang, bagaimanapun, ketika liputan masih dijalankan, pelurut mortar gugur di lokasi berkenaan.

Zionis tembak kawasan pertanian

Pada jam 06.12 malam, safa melaporkan, helikopter tentera rejim zionis melepaskan tembakan mesin-gan ke arah tanah pertanian penduduk Palestin Gaza di utara daerah Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Pejuang lepas 6 peluru mortar

Menukil laporan safa pada jam 06.27 malam dari kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berkata, pejuangnya telah mengebom lokasi tentera Zikim yang terletak di sebelah utara Semenanjung Gaza dengan 6 peluru mortar 'hawn'. Sumber 23/03/2011, web berita safa.ps

Pejuang lancar roket, zionis serang Shujaieyah

Laporan asal jam 09.37 pagi, Palestin/Mesir
Jam 03.37 petang, waktu Malaysia

GAZA - Hebah radio penjajah bahawa 7 peluru mortar 'hawn' gugur di Majlis Daerah penempatan haram 'Ushkul' yang terletak dari arah timur selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza). Bagaimanapun, tiada luka parah dan kerosakan.

Sumber safa melaporkan, pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melancarkan serangan peluru mortar ke lokasi tentera 'Sufa' dan 'Karem Abu Salem'. Berikutan itu, kedengaran siren kecemasan berbunyi di kawasan berkenaan.

Di samping itu, pesawat-pesawat tempur zionis kerap berterbangan di ruang udara Gaza, terutama di kawasan-kawasan timur. Jelas sumber, pesawat tempur zionis melepaskan serangan gempa(letupan kuat di udara sebagai amaran).

Namun, zionis melancakan satu serangan udaranya ke atas sebuah rumah tidak berpenghuni di kawasan Al-Qubbah, Hayyu Shujaieyah, timur Gaza. Ketika laporan ini dikeluarkan, tiada makluman berhubung luka parah.

Sejurus selepas itu, pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengebom pula bandar Bi'ru Sabie'(Beer Sheeba, tanah jajahan 1948) dengan serangan roket 'grad' dan satu serangan roket 'Quds' ke atas penempatan haram Kafr Sa'd(tanah jajahan 1948).

Menukil petikan laporan dari web alqassam.ps yang memetik dari sumber Israel mendakwa bahawa serangan roket grad mengakibatkan seorang warga haram cedera. Beberapa lagi dirundung ketakutan. Turut dinyatakan, serangan roket grad menyebabkan kerosakan ke atas bangunan di kawasan berkenaan.

Warga haram ke tempat perlindungan

Berikutan tentangan serangan roket pejuang sebagai balas terhadap kekejaman zionis, media Israel, Yediot Ahronout versi hebrew melaporkan(08.07 pagi, Palestin/Mesir), polis Israel di Bi'ru Sabie' mengarahkan warga-warga haram berlindung di tempat perlindungan yang telah disediakan khas bagi melindungi dari sebarang serangan roket.

Tambah Yediot Ahronout lagi, datuk bandar Bi'ru Sabie' menangguhkan kesemua perjalanan yayasan pendidikan dari beroperasi kerana ditakuti kecederaan menimpa pelajar-pelajar warga haram Israel. Sumber 23/03/2011, web berita safa.ps

Kritikal terkena pengeboman zionis

Laporan asal jam 12.57 pagi, Palestin/Mesir
Jam 06.57 pagi, waktu Malaysia

GAZA - Rejim zionis membedil lagi Hayyu Shujaieyah di timur bandar Gaza. Serangan awal pagi ini mengakibatkan seorang penduduk parah di bahagian kaki kirinya berikutan terkena serpihan letupan peluru meriam kereta kebal zionis.

Menurut Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata, krew perubatan telah membawa mangsa ke hospital As-Shifa' di bandar Gaza. Mangsa ditempatkan dalam unit rawatan rapi, luka parah dialaminya amat kritikal.

4 warga haram cedera

Berbalik kepada serang balas kekejaman zionis, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI, iaitu SARAYA AL-QUDS mengumumkan pada jam 01.23 pagi telah mengebom bandar Ushdud(tanah jajahan 1948) dengan melancarkan serangan roket jenis 'grad'.

Sebelum itu, media Israel versi hebrew 'haaretz' telah melaporkan roket jenis 'grad' gugur di sebuah kawasan di selatan bandar Ushdud. Jelas haaretz, jarak Ushdud dari bandar Gaza hanya 42 kilometer.

Yedia Ahronout, media Israel pada jam 11.54 malam(22/03/2011) melaporkan roket grad gugur di selatan bandar Ushdud.

Sumber Israel mengesahkan bahawa serangan roket grad gugur ke atas sebuah rumah mengakibatkan 4 warga haram Israel cedera(rujuk web alqassam.ps).

SARAYA AL-QUDS dalam web rasminya berkata, serangan tersebut ekoran tindak balas ke atas 4 pejuangnya yang syahid dalam serangan zionis dan penyembelihan di Hayyu Shujaieyah. Sumber 23/03/2011, web berit safa.ps